• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Kabinet Baharu Mula Tugas Hari Ini

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Beberapa anggota kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan memulakan tugas secara rasmi di kementerian masing-masing pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Bangunan Perdana Putra di sini pada 10 pagi sebelum menandatangani surat memulakan tugas serta kemudiannya menghadiri taklimat khas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Turut memulakan tugas secara rasmi pagi ini Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN), yang juga satu-satunya anggota kabinet baharu yang pernah berkhidmat dengan kerajaan sebelum ini, tiba di ibu pejabat KDN, di sini, pada 9 pagi.

Antara yang hadir menyambut ketibaan Muhyiddin ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Jadual hari pertama beliau dimulakan dengan mempengerusikan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan dan agensi seliaan KDN.

Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut dijadualkan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu pada 12 tengah hari.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pula tiba di bangunan kementerian itu di sini pada 8.15 minit pagi, sebelum memulakan jadual hari pertama beliau dengan menghadiri taklimat bersama anggota pengurusan kementerian dan agensi terlibat.

Selain itu, Menteri Pertahanan baharu Mohamad Sabu memulakan tugas rasminya hari ini dan disambut dengan tabik hormat kawalan kehormatan utama di Dataran Wisma Pertahanan di Jalan Padang Tembak, pagi ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melapor diri di pejabatnya pada 7.45 pagi, memulakan tugas dengan mendengar taklimat daripada pegawai pengurusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perdana Menteri.

Pada sidang media pertamanya, Azmin antara lain memaklumkan kerajaan akan meneliti semula projek-projek mega dan projek yang telah diberi Surat Setuju Terima (SST) yang telah diluluskan sewaktu pentadbiran terdahulu.

Turut memulakan tugas pagi ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun; Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik; Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. – BERNAMA

Tags: kabinetkementerian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd