• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Buat Pendirian Berhubung RUU 355

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat pendirian terhadap usul Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) untuk dibentangkan di Parlimen.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat parti akan datang dan seterusnya menyatakan pendirian berhubung perkara itu.

“Kami akan bincang dalam mesyuarat parti Amanah akan datang dan daripada situ kami akan ambil pendirian. Kami akan bincang dengan tokoh-tokoh kita khasnya yang mahir tentang keagamaan dan RUU 355 ini,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di kediamannya di Kampung Guar Petai, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata buat masa sekarang perkara yang menjadi keutamaan parti dan parti komponen dalam Pakatan Harapan adalah membanteras rasuah dan penyelewengan.

“Itu yang paling utama, menyelamatkan Malaysia…menyelamatkan rakyat ini paling penting. Ini keutamaan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini yang menggesa bekas pemimpin PAS yang kini Anggota Parlimen Amanah untuk menunaikan janji bagi membolehkan RUU 355 dibentangkan di Parlimen.

Mohd Amar berkata sebelum ini pemimpin Amanah mendakwa perlu membentuk kerajaan terlebih dahulu untuk membolehkan mereka bersuara di Parlimen.

Usul persendirian itu tidak dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat pada April lalu walaupun berada dalam aturan mesyuarat bagi mendahulukan urusan kerajaan yang lain selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat 15(1). – BERNAMA

Tags: AmanahRUU355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd