• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: AirAsia Tambah Kekerapan Penerbangan

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd menambah sebanyak 43 penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching untuk memenuhi permintaan sempena perayaan Aidilfitri dari 8 hingga 25 Jun.

Dalam kenyataan hari ini, katanya penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar akan meningkat kepada 38 daripada 31 kali seminggu untuk perjalanan sehala; ke Langkawi (65 daripada 61 kali); ke Kuala Terengganu (39 daripada 35 kali); ke Kota Bharu (63 daripada 56 kali); dan ke Bandar Seri Begawan, Brunei (17 daripada 14 kali).

“Manakala, penerbangan dari Johor Bahru ke Tawau akan meningkat kepada tujuh daripada empat kali seminggu untuk perjalanan sehala; ke Kota Kinabalu (18 daripada 14 kali); ke Miri (enam daripada tiga kali); dan ke Sibu (11 daripada tujuh kali).

“Selain itu, penerbangan dari Kuching ke Sibu akan naik kepada 25 daripada 21 kali seminggu untuk perjalanan sehala,” menurut AirAsia.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu turut menawarkan promosi tambang termasuk semua mulai hari ini hingga 3 Jun, 2018 untuk tempoh perjalanan antara 4 Jun dan 30 Oktober, 2018.

Penumpang AirAsia juga digalakkan untuk berada di lapangan terbang tiga jam sebelum waktu berlepas dan daftar masuk melalui web, perkhidmatan mudah alih atau kiosk untuk mengelak kesesakan yang dijangkakan. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd