• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam Corrie Tolak Tawaran Lakonan, Fokus Ibadat Puasa

oleh
17/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee sanggup lepas tawaran berlakon buat seketika bagi hormati bulan Ramadan yang mulia semata-mata untuk mendapatkan ganjarannya.

Adam yang dikenali menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster itu berkata, dia percaya sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas dan hanya ingin fokus dalam melaksanakan ibadah puasa dengan baik.

“Untuk sepanjang Ramadan memang saya tak ambil sebarang tawaran pun. Bagi saya, bulan ini adalah waktu untuk kita mengumpul pahala.

“Soal rezeki itu, saya percaya pada Allah. Insya-Allah mesti ada rezeki saya di tempat lain. Lebih baik saya beri tumpuan dalam melaksanakan ibadat puasa dengan baik,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun itu turut turut berkongsi cerita bahawa dia dan isterinya, Fazema Mohd Fuad kini giat membuat persediaan bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Katanya, dia dan isteri sudah mengetahui jantina dan mempunyai nama untuk bayi pertama mereka itu namun berasa lebih selesa merahsiakannya terlebih dahulu buat masa kini.

“Alhamdulillah, kandungan isteri kini sudah mencecah tujuh bulan dan insya-Allah bayi kami dijangka lahir pada Julai depan. Kami teruja nak sambut kelahiran baharu dalam keluarga.

“Kami sudah ada nama untuk bayi sulung tapi buat masa sekarang biarlah rahsia dahulu nama dan jantinanya.

“Saya berharap semua orang doa yang baik-baik dan doa segala urusan saya dan isteri dipermudahkan,” kongsi Adam.

Adam dan Fazema mendirikan rumah tangga pada pada 2008 dan selepas 10 tahun menanti, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adam corrie
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sanggup Berhabis Duit Demi Ayam Serama

Next Post

2 Bot Nelayan Vietnam Ditahan

Related Posts

“Jangan Halau Mereka Berdakwah” – Adam Corrie

21/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Corrie mengingatkan semua pihak agar membantu mereka yang ingin menyampaikan dakwah dengan tidak memberikan sebarang...

Netizen Sebak Adam Luah Jadi Bapa 10 Tahun Kahwin

09/03/2018
0

SYUKUR... Pelakon yang pernah terkenal dengan pelbagai watak antagonis, Adam Corrie Lee Abdullah dan kini aktif menjadi pendakwah, akhirnya bakal...

Next Post

2 Bot Nelayan Vietnam Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd