• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Azeez Letak Jawatan Pengerusi Tabung Haji

oleh
24/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi agensi tersebut semalam.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga TH melalui kenyataan media hari ini berkata, Abdul Azeez telah menyerahkan surat peletakan jawatan berkenaan pada semalam.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Abdul Azeez di atas perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi TH selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di ibu negara.

Abdul Azeez, 51, yang merupakan Anggota Parlimen Baling di Kedah, mula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada tahun 2011 lalu dan kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi TH pada 1 Julai 2013.

Beliau beberapa hari lalu dilaporkan pihak media berhasrat mahu berundur daripada jawatan lantikan politik itu susulan kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Pemimpin UMNO itu dikatakan mengikut langkah Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dan Pengerusi Felcra, Datuk Bung Mokhtar Radin berundur jawatan masing-masing. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Azeez Abdul RahimTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd