• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,721 Polis N.Sembilan Bertugas Hari Pengundian

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seramai 3,721 anggota dan pegawai polis akan bertugas di Negeri Sembilan bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu ini berjalan lancar.

Pegawai Perhubungan Media PRU14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan DSP Mazrin Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 2,001 anggota akan ditempatkan di semua 313 pusat mengundi yang merangkumi lapan kerusi Parlimen.

“Selebihnya akan ditempatkan di balai-balai polis dan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) negeri,” katanya pada sidang media di IPK Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi memastikan kelancaran lalu lintas pula, seramai 261 anggota trafik ditempatkan di seluruh pusat mengundi di Negeri Sembilan.

Menurutnya kenderaan dijangka bertambah pada hari mengundi dan orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan pengangkutan awam untuk ke pusat mengundi.

Sementara itu, Mazrin menasihatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan masing-masing dan tidak memberikan kad pengenalan kepada pihak ketiga semasa dalam perjalanan ke pusat mengundi.

Beliau juga meminta parti-parti politik supaya tidak mengadakan sebarang perarakan meraikan kemenangan di jalan-jalan raya, tempat awam dan kawasan hingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan lalu lintas.

Dalam pada itu, beliau berkata satu kertas siasatan baharu berkaitan PRU14 dibuka yang menjadikan jumlahnya 14 sejak dari hari penamaan calon pada 28 April lepas.

Menurutnya kertas siasatan berkenaan melibatkan laporan di Port Dickson pada Sabtu lepas berhubung beberapa gambar Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah Datuk Seri Lim Chin Fui disimbah cat merah.

Kes berkenaan disiasat Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. – BERNAMA

Tags: DSP Mazrin Mahmud
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fikir Masak-Masak Sebelum Membuang Undi

Next Post

Majukan Sabah, Sarawak Capai Taraf Negara Maju

Related Posts

No Content Available
Next Post

Majukan Sabah, Sarawak Capai Taraf Negara Maju

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd