• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

35 Rumah, Bangunan Musnah, Kilauea Terus Meledak

oleh Ahmad Albab
08/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAHOA – Sekurang-kurangnya 35 rumah, termasuk beberapa bangunan musnah akibat lahar dari gunung berapi Kilauea, kata pihak berkuasa, sekali gus memberi amaran kepada penduduk tempatan yang dibenarkan pulang seketika ke kediaman mereka untuk bersiap sedia dipindahkan semula.

Kebanyakan daripada 1,700 penduduk yang diarahkan berpindah dari kejiranan Leilani Estates di timur Big Island dibenarkan pulang seketika pada Ahad dan Isnin, ketika aktiviti seismik di Kilauea reda.

“Bersedia untuk dipindahkan sebaik notis dikeluarkan,” kata Agensi Pertahanan Awam Hawaii dalam satu amaran yang dimuat naik di laman webnya.

Bagaimanapun, penduduk di kawasan Lanipuna Gardens dilarang pulang ke rumah semalam, berikutan aktiviti gas gunung berapi yang berbahaya.

“Kilauea yang mula meledak Khamis lalu dengan memuntahkan aliran lahar ke kawasan kejiranan, mengakibatkan terbentuknya 10 rekahan gunung berapi pada hari berikutnya,” kata para pegawai.

Namun, lahar tidak mengalir dari mana-mana rekahan itu semalam ketika ledakan Kilauea reda.

Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan, tetapi agensi pertahanan awam berkata 35 bangunan musnah, kebanyakannya rumah. – Reuters/BH ONLINE

Tags: gunungHawaii
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puteri Terakhir Hawaii Meninggal Dunia

Puteri Terakhir Hawaii Meninggal Dunia

14/12/2022
0

HONOLULU, HAWAII – Puteri terakhir Hawaii dilaporkan meninggal dunia pada usia 96 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Jutawan Nak Beli Gunung RM63 Juta!

10/02/2019
0

JIKA ditanya apakah yang anda akan lakukan jika anda seorang jutawan, anda mungkin mahu membelikan sebuah rumah untuk ibu bapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd