• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Zya Akui Jalin Hubungan Dengan Hafreez Adam

oleh
03/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON drama Love You Mr. Arrogant, Zara Zya mengakui kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor berusia 28 tahun iaitu Hafreez Adam.

Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, dia berani membuat pengakuan tersebut selepas perkara berkenaan keluar daripada mulut Hafreez sendiri.

Kata Zara, mereka berdua mula rapat dan menjadi lebih akrab sejak berlakon drama MonaLisa sebanyak 80 episod untuk Astro Prima terbitan Radius One Sdn. Bhd.

“Kiranya hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan saja. Malah, bila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula.

“Apatah lagi, saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok,” kata Zara dipetik Harian Metro.

Tambah Zara lagi, dia juga tidak melihat soal usia sebagai penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan sebaliknya memohon orang ramai supaya mendoakan yang terbaik agar apa yang terbina berkekalan.

“Apa yang pasti hubungan cinta kami terjalin secara semula jadi. Saya harap doakan yang baik-baik saja buat kami. Apapun, saya harap peminat terus menyokong karier seni kami,” tambahnya.

Terdahulu, Hafreez pernah mengakui mencintai Zara Zya dengan setulus hati dan tidak pernah menganggap faktor usia sebagai penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan dan mencipta keserasian.

Pasangan ini enggan mendedahkan berita itu kerana bimbang disalah anggap sebagai gimik murahan semata-mata. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: hafreez adamZara Zya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Batal Kerjasama Dengan China Langkah ‘Gila’

Next Post

Che Ta Puji Lawak Bocey Sampai Tak Tahan Gelak

Related Posts

Hubungan Hafreez Adam, Zara Zya Dilanda Dugaan

10/12/2019
0

“SAYA akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha...

Hafreez Pikat Zara Dengan Teh Hijau

24/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Lumrah si jejaka menambat hati gadis idaman, bermacam-macam cara digunakan agar si dia tertambat. Hafreez Adam yang...

Next Post

Che Ta Puji Lawak Bocey Sampai Tak Tahan Gelak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd