• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Calon BN Boleh Menang Majoriti Kerusi

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin barisan calon yang dinamakan hari ini untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mampu menepati sasaran Barisan Nasional (BN) untuk menang majoriti kerusi Parlimen di Sarawak.

Beliau berkata daripada 31 kerusi Parlimen itu, 14 kerusi akan ditandingi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tujuh oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), enam kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan empat lagi oleh Parti Progresif Demokratik (PDP).

Abang Johari berkata daripada 31 calon BN, 15 adalah muka baharu yang mana PBB dan SUPP masing-masing memperkenalkan enam muka baharu, PRS (dua) dan PDP (satu) manakala 16 calon merupakan penyandang.

“Seramai 25 calon adalah lelaki dan enam wanita. Kita yakin bahawa BN boleh memenangi 29 kerusi pada PRU kali ini,” katanya ketika mengumumkan calon BN Sarawak untuk PRU14 di sini hari ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak turut mengucapkan terima kasih kepada SUPP dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) kerana sanggup menggunakan satu platform untuk menghadapi PRU kali ini.

Katanya, kesemua 31 calon BN itu juga telah ditapis dan disahkan bebas daripada sebarang bentuk jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata anak Presiden UPP, Datuk Seri Wong Soon Koh iaitu Wong Kee Yew@Andrew Yew daripada SUPP dicalonkan untuk kerusi Sibu.

Sementara itu, Abang Johari berkata pemilihan calon baharu daripada kalangan personaliti muda dan berpengalaman adalah untuk mempersiapkan negeri ini menghadapi era digital.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa penyandang kerusi kerana bersedia memberi laluan kepada calon yang lebih muda,” katanya.

Beliau berkata setiap pemimpin di negeri ini mesti fokus kepada perpaduan dan kepentingan Sarawak dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Katanya, manifesto BN Sarawak bagi PRU14 turut menekankan keperluan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi rakyat negeri ini dan inisiatif-inisiatif diperkenalkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat. – BERNAMA

Tags: BN SarawakPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5,468 Borang Pencalonan Dijual Setakat 23 April

Next Post

PRU14: Senarai Penuh Calon BN Sarawak

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

PRU14: Senarai Penuh Calon BN Sarawak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd