• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Rugi RM40,000 Gara-Gara Batu Sakti

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM40,000 selepas terpedaya dengan tawaran batu delima yang didakwa mempunyai kesaktian oleh tiga lelaki pada 1 tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Wazir Yusof berkata ketika berada di hadapan sebuah pasar di Triang mangsa, 63 tahun telah ditegur oleh tiga lelaki yang berusia lingkungan 40 dan 50-an.

“Suspek telah berpura-pura untuk mencari individu yang dikenali sebagai Haji Yusof untuk menjual sebutir batu delima yang didakwa mempunyai kesaktian.

“Bagaimanapun setelah diterang mengenai kesaktian batu itu, mangsa bersama suaminya telah berminat untuk membeli barang berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa bersama suami kemudian telah pergi mengeluarkan wang dari bank di Mentakab dan Temerloh sebelum menyerahkan wang sebanyak RM40,000 kepada suspek.

Kemudian, katanya seorang daripada suspek yang dikenali sebagai ustaz telah meminta mangsa untuk melakukan solat syukur di sebuah masjid di Temerloh.

Sebaik sahaja selesai, katanya mangsa mendapati suspek telah menghilangkan diri dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera pada 8 malam tadi setelah menyedari ditipu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes tipuwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd