• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video YouTube Satukan Semula Keluarga

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMPHAL – Seorang lelaki di India yang hilang selama 40 tahun akhirnya bertemu semula dengan keluarganya, semalam selepas videonya menyanyikan lagu popular Bollywood di YouTube menjadi tular.

Khomdram Gambhir Singh, 66, disambut tangisan gembira keluarganya di Imphal di negeri timur laut Manipur yang ditinggalkannya selepas berpisah dengan isterinya pada 1978.

“Saya pernah cuba untuk kembali ke rumah. Tetapi, saya tiada banyak pilihan,” kata Singh.

Selepas empat dekad, keluarga Singh akhirnya berjaya menjejaki lelaki itu selepas sebuah persatuan tempatan di Imphal memaklumkan tentang rakaman video di YouTube.

Menurut Singh, dia melakukan pelbagai kerja untuk meneruskan hidup di Mumbai.

Dia bagaimanapun enggan menjelaskan kenapa tidak pernah cuba menghubungi keluarganya.

“Kami tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya kami dengan pertemuan semula ini. Saya ada bermimpi tentang perkara yang baik dan apabila saya bangun keesokan harinya seseorang datang ke rumah kami dan memberi berita gembira tentang abang saya.

“Mimpi saya menjadi realiti,” kata adik bongsunya, Kulachandra Singh. – AFP

Tags: YouTube
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Pandu Kereta Belajar Daripada YouTube

Kanak-Kanak Pandu Kereta Belajar Daripada YouTube

13/05/2023
0

LANGKAWI - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) sebelum kemalangan di Jalan...

Remaja Thai Belajar Buat Bom Daripada YouTube

02/04/2022
0

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki yang didakwa membuat sembilan butir bom dan meninggalkannya berselerakan di jalan utama di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd