• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: ‘Tepuk Dahi’ Lihat Pemandu Wanita Ini….

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUSSSS semangat… seorang pekerja stesen minyak nyaris maut dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) ketika mangsa sedang memeriksa tangki bawah tanah.

Kejadian mengejutkan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak di Kota Marudu, Sabah, yang kemudiannya tersebar meluas menerusi perkongsian netizen di laman Facebook.

Menerusi video, mangsa pada mulanya sedang melakukan kerja penyelenggaraan sebelum sebuah 4WD berwarna putih yang dipandu oleh seorang wanita secara tiba-tiba mengundur ke belakang.

Unduran yang dilakukan secara laju itu langsung menyebabkan mangsa terperosok di bawah kereta berkenaan.

Insiden itu turut disedari seorang lalaki yang kemudiannya mengarahkan pemandu wanita itu menganjakkan kenderaanya ke hadapan.

Wanita itu dalam keadaan panik dan tergamam terus melihat keadaan mangsa, bagaimanapun mujurlah pekerja itu selamat dan difahamkan tidak mengalami kecederaan serius.

Video berdurasi 53 saat itu telah mencetuskan amarah netizen yang menyalah sikap pemandu wanita terbabit kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling.

“Yang lelaki jangan kecam sangat ye, wanita yang bawak kereta ni biaselah. Tak pe semua faham, Tapi kalau nak kecam-kecam korang kena tahan dengan kerenah makcik bawang dulu 😂,” tulis pengguna Facebook Mustaqim Zafar.

“Tak dinafikan, kebananyakkan kemalangan ‘bodoh-bodoh’ macam ni selalunya berpunca dari driver perempuan. Aku yang perempuan pun mengaku sebab selalu jumpa orang-orang macam ni. Keluar simpang masa kita dah dekat and laju, bila kita hon buat muka tak bersalah,” tulis NurAdhawiah Ismail.

Pun begitu, segelintir netizen merasakan tidak adil meletakkan kesalahan di atas wanita itu. Sebaliknya, pekerja terbabit juga harus dipersalahkan kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP)  iaitu tidak meletakkan kon sebagai tanda sedang membuat kerja. –MYNEWSHUB.CC

Tags: stesen minyakvideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua – Awang Adek

Next Post

Pesara Guru Rugi RM2.9j Angkara Macau Scam

Related Posts

‘Jit Jit Penghibur Kami’

‘Jit Jit Penghibur Kami’

19/10/2024
1

Johor Bahru: Seekor kucing dinamakan 'Jit Jit' bukan saja menjadi kesayangan pekerja sebuah stesen minyak di Taman Molek, di sini,...

Wanita Cetus Kekecohan Di Stesen Minyak Ditahan

Wanita Cetus Kekecohan Di Stesen Minyak Ditahan

19/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang menimbulkan kekecohan di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, Sungai Buloh seperti dalam rakaman video...

Next Post

Pesara Guru Rugi RM2.9j Angkara Macau Scam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd