• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bayar Tempat Murah, Tapi Nak ‘Seat’ Mahal

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SLOGAN ‘Now everyone can fly‘ atau ‘Kini semua orang boleh terbang’ yang dicanangkan syarikat penerbangan AirAsia nampaknya telah disalahgunakan oleh seorang penumpang wanita.

Mana tidaknya, baru-baru ini seorang penumpang wanita menaiki pesawat operator tambang murah itu dirakam dengan selamba ‘menaik taraf’ tempat duduk biasa yang ditempahnya kepada tempat duduk jenis Premium.

Daily Mail melaporkan, situasi jengkel itu berlaku pada 2 Mac lalu apabila dia yang menempah tempat standard bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Hong Kong bertindak menukar pada saat-saat akhir sebelum pesawat berlepas.

Wanita pertengahan usia itu pindah ke barisan tempat keutamaan yang memperuntukan caj tambahan sebanyak £27 (RM147.34) untuk menikmati lebih ruang kaki dan kebiasaannya kawasan tersebut kurang penumpang.

Tindakan sesuka hati wanita itu lantas disedari seorang penumpang di tempat Premium, Bruce Lam yang kemudian mengarahkan wanita itu untuk kembali ke tempat duduknya, namun berlaku pertengkaran kecil antara mereka.

Selepas bertengkar, wanita berkenaan kembali ke tempat duduknya asalnya namun tidak beberapa lama kemudian, dia kembali semula ke tempat Premium tersebut yang menyebabkan kekecohan dengan beberapa kru penerbangan.

“Kami bayar tambahan untuk tiket kami. Apabila pesawat berlepas, seorang wanita pertengahan umur berjalan dari tempat duduk standard ke tempat duduk Premium di belakang saya.

“Kru dengan cepat meminta wanita itu kembali ke tempat duduknya dan menjelaskan dia tidak boleh sewenang-wenang berbuat demikian. (Namun), wanita itu marah berkata ‘mengapa’,” kata Bruce.

Wanita itu hanya kembali ke tempat duduknya apabila penumpang lain mula berteriak kepadanya, memberitahu bahawa dia bersikap ‘jelek’.

Bruce menambah wanita itu terus bersikap degil apabila sekali lagi kembali ke kerusi tersebut dan enggan bangun walaupun diarahkan berbuat demikian.

Lebih teruk lagi, wanita berkenaan dilihat terus berbaring di kerusi tersebut sambil bermain telefon bimbitnya.

“Selepas lima minit dia kembali untuk kali keduanya. Beberapa minit kemudian, wanita itu berjalan ke belakang saya untuk kali ketiga. Seorang kru penerbangan meminta dia kembali ke kerusinya dan berkata ia tidak adil untuk orang lain.

“Saya tidak tahu sama ada kakitangan itu terlalu lembut atau sopan, tetapi wanita itu bersikap lebih buruk daripada sebelumnya. Dia sangat kasar dan marah.

“Kira-kira sepuluh minit kemudian, kru penerbangan itu berjalan ke sisi saya dan berkata dalam bahasa Cina: ‘Terima kasih, kami sering berdepan dengan tetamu yang kurang ajar’,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: air asiapenumpangpesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd