• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

V Shem-Wee Kiong Gagal Pertahan Emas Beregu Lelaki

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Harapan untuk menambah koleksi emas acara badminton lebur apabila gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas pada separuh akhir di Sukan Komanwel 2018.

Pasangan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu tewas kepada beregu England Marcus Ellis dan Chris Langridge 21-15, 16-21, 15-21.

“Selepas menang set pertama, kami tidak sangka pemain England menukar rentak permainan. Mereka juga bermain dengan baik hari ini,” kata V Shem.

Ini bermakna gandingan negara gagal mempertahankan emas yang dimenangi dalam acara beregu lelaki sejak tahun 1990 menerusi Jalani Sidek-Razif Sidek.

Untuk rekod, Cheah Soon Kit-Soon Beng Kiang meraih pingat emas pada 1994, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada tahun 1998, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng (2002), Chan Chong Ming-Koo Kien Keat (2006), Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010) dan V Shem-Wee Kiong (2014).

Bagaimanapun, gandingan negara berpeluang menebus kekecewaan apabila bakal beraksi dalam penentuan pingat gangsa berdepan beregu Sri Lanka, Sachin Dias-Buwaneka Goonethileka dijangka petang ini.

Gandingan Sri Lanka sebelum itu tewas kepada Satwik Rankireddy-Chirag Chandrashekhar Shetty dari India 18-21, 10-21. – BERNAMA

Tags: V Shem-Wee Kiong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BAM Bersikap Terbuka Jika V Shem-Wee Kiong Mahu Keluar

19/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersikap terbuka sekiranya beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mahu mengikut...

Terbuka China : V Shem-Wee Kiong Ke Pusingan Kedua

06/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bermula cemerlang pada perlawanan pertama mereka untuk layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd