• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTC Bakal Diwujudkan Di Teluk Intan – Najib

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan rasmi ke Perak hari ini, mengumumkan penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pembinaan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan.

“UTC di Teluk Intan insya-Allah akan dibuat, ia memang program inisiatif kerajaan yang sangat popular kerana hampir 70 juta pengunjung telah gunakan UTC setakat ini. Cerah UTC bukan macam terowong Pulau Pinang yang tidak nampak hujung terowong,” katanya.

Berucap pada majlis perasmian pecah tanah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini, beliau berkata projek itu membabitkan pembinaan 500 unit rumah yang akan dibangunkan menerusi dua fasa.

“Projek PPR saya nak umum cari tapak buat dua fasa, fasa pertama (bina) 250 unit dan fasa kedua 250 unit, jadi 500 unit. Saya serah kepada kerajaan negeri dan ahli parlimen untuk fikir tapak yang sesuai,” katanya.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga akan memberi peruntukan untuk memasang lampu limpah di Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi di Selabak di sini.

Najib berkata beliau akan memastikan projek tersebut dilaksanakan, bukan seperti pembangkang yang menabur janji kosong tetapi tidak melaksanakannya.

“Tak payah nak tunggu lagi orang nak jadi menteri sebab kita dah ada menteri, tak payah orang lain ada kuasa sebab kita sudah ada kuasa. Di Pulau Pinang banyak dah kena tipu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) ada di sini, dulu janji tak ada pembangunan lereng bukit, tapi 10 tahun ini jauh lebih banyak (pembangunan) daripada zaman Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

“Jadi Ketua Menteri (Koh Tsu Koon) dia jaga alam sekitar…janji air tak naik, (tapi kerajaan negeri sekarang) naik empat kali bukan sekali di Pulau Pinang. Di Selangor pemimpin dapat undi, rakyat dapat baldi, itu la kerajaan pembangkang, jadi jangan la kita kena tipu, orang macam ini tak boleh pakai,” katanya.

Beliau meminta rakyat Teluk Intan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) supaya lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan itu.

“Dalam sebuah kerajaan dan demokrasi, rakyat perlu membuat pemilihan kerajaan setiap lima tahun. Jadi bila nak memilih ini kita nak apa kriteria? Bukan nak ajar orang Teluk Intan ini tapi sistem demokrasi, kita kena pilih wakil rakyat yang akan beri faedah, manfaat dan keuntungan pada kita,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, yang turut hadir dalam majlis itu berkata, dalam tempoh tiga tahun lagi, golongan rakyat berpendapatan rendah (B40) di kawasan Parlimen Teluk Intan akan menerima kunci membabitkan 150 unit fasa pertama PPR.

Mah, yang juga penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan berkata, UTC yang bakal dibangunkan di Teluk Intan itu adalah inisiatif kerajaan BN yang mahu memudahkan rakyat berikutan segala urusan ditempatkan di dalam satu bangunan.

“Kita akan cari tapak yang bersesuaian untuk pembinaan UTC yang menempatkan pejabat swasta dan kerajaan bagi memudahkan warga Teluk Intan mendapat manfaat,” katanya. – BERNAMA

Tags: UTC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU14 Tidak Beri Kesan Kepada Ekonomi Negara

Next Post

Pelajar Main Tampar-Menampar Hingga Bawa Maut

Related Posts

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

Waktu Operasi Baru UTC Sabah, Sarawak Mula 4 Mac

20/02/2019
0

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru bermula 4 Mac ini setelah mengambil kira...

Next Post

Pelajar Main Tampar-Menampar Hingga Bawa Maut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd