• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ukir Semula Skulptur Ronaldo Selepas Dikecam

oleh Haris
05/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS setahun menahan malu akibat kecaman diterima ekoran ukiran skulptur kepala Cristiano Ronaldo yang dibuat langsung tidak menyerupai bintang bola sepak Portugal itu, pengukirnya, Emanuel Santos tampil ‘balas dendam’ menghasilkan ukiran baru.

Dalam ukiran terkininya ini, Santos akhirnya berjaya menutup mulut orang ramai yang mencemuhnya sebelum ini dengan ukiran baharu dibiayai laman web Bleacher Report.

Melalui temubualnya bersama laman web itu, Santos mendedahkan bahawa dia semua ejekan yang diterima sejak setahun yang lalu telah membuatkan dirinya berasa terasing dan keluarganya turut menanggung malu.

A year ago today, Emanuel Santos’ Cristiano Ronaldo bust was unveiled. The world laughed at him.

We challenged him to try again. He accepted. pic.twitter.com/TLV1iJv1MN

— B/R Football (@brfootball) March 29, 2018

“Saya seperti tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun, dan amat sukar untuk mengendalikan segalanya,” cerita Santos.

Selepas dicabar netizen untuk menghasilkan ukiran baru, Santos memaklumkan kepada Bleacher Report bahawa dia merancang untuk menghasilkan semula ukiran kepala pemain terbaik dunia itu dengan ekspresi muka yang lebih serius.

Perjalanannya selama setahun membuat ukiran baru itu telah dirakamkan dalam bentuk dokumentari oleh Bleacher Report dan disebarkan kepada umum setahun selepas ukiran aslinya itu dipersembahkan kepada umum.

“Saya mahu anak saya faham bahawa sekiranya dia benar-benar gembira melakukan sesuatu, dia tidak boleh ditewaskan dengan kritikan negatif,” katanya.

Santos, yang merupakan peminat tegar Ronaldo itu memberitahu bahawa dia mempunyai hubungan yang baik dengan penyerang Real Madrid itu.

Some of the all-time great Cristiano Ronaldo moments pic.twitter.com/57Tx9VhbUm

— B/R Football (@brfootball) March 29, 2017

Biar pun orang ramai mengutuk hasil kerja pertamanya, Santos mempertahankan ukirannya itu malah berkata Ronaldo juga menyukai dan memuji hasil kerjanya itu.

Pada Mac tahun lalu, ukiran pertama Santos dipersembahkan kepada umum pada majlis menamakan lapangan terbang Madeira dengan nama bintang bola sepak itu, yang merupakan wira tempatan pulau kecil di Portugal itu.

Ronaldo dipilih kerana eksploitasinya dalam bidang bola sepak dari seorang anak kecil yang hidup sederhana di pulau itu sehingga menjadi bintang sensasi dunia.

Dalam pada itu, pengukir amatur menjelaskan bahawa bukan mudah untuk menghasilkan patung kepala itu dan merupakan satu kerja yang hanya dilakukan berdasarkan gerak ‘rasanya’ ketika itu.

“Mustahil untuk ‘memuaskan hati orang Greek dan Trojan’ pada masa sama. Malah Jesus juga tidak dapat memuaskan hati semua orang,” ujar Santos.

Ukiran asal kepala Ronaldo itu dikatakan Santos mengambil masa 15 hari untuk disiapkan dan akan kekal dipamerkan di luar pintu masuk terminal lapangan terbang itu walaupun mendapat cemuhan orang ramai. -MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: bintang bola sepakCristiano Ronaldoskupltur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd