• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpat Pesat Membangun, Ekonomi Kukuh

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Tumpat telah dijadikan sebagai Jajahan Satelit bagi bandar Kota Bharu menjadikan daerah ini mampu menampung sebahagian penduduk dari bandar tersebut yang jaraknya hanya merentasi sungai Kelantan.

Secara langsung ia meningkat penambahan penduduk berpendapatan tinggi yang mencari rezeki di bandar Kota Bharu tetapi menetap di daerah ini.

Penambahan penduduk itu akan meningkatkan kuasa beli di jajahan Tumpat yang akan memberikan impak ekonomi yang berkesan kepada industri kecil dan sederhana yang diusahakan oleh penduduk jajahan ini.

Sekali gus menepis persepsi umum terhadap jajahan Tumpat yang dikatakan sebagai jajahan termiskin di negeri Kelantan.

Dengan pertambahan penduduk yang berpendapatan tetap dan tinggi telah menarik minat syarikat melabur di daerah ini apabila sejak akhir-akhir ini banyak pasaraya dibuka.

Menerusi kewujudan bandar baharu dikenali Bandar Bentara, pertumbuhan ekonomi di sini bertambah pesat setelah bandar ini dilengkapi kemudahan seperti Pasar Sumayyah, pasar raya Pantai Timur dan lot-lot kedai menjadikan bandar ini ‘hidup’.

Tumpat Didominasi Pas

Dari politiknya, Parlimen Tumpat ini mempunyai empat Dun iaitu Dun Pasir Pekan, Dun Wakaf Bharu, Dun Pengkalan Kubor dan Dun Kelaboran.

Parlimen Tumpat didominasikan Pas apabila kerusi Parlimen Tumpat dan tiga kerusi Dun dimenangi parti tersebut.

Untuk kerusi Wakaf Bharu diwakili Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Dun Pasir Pekan diwakili Datuk Ahmad Yakob, Dun Kelaboran diwakili Mohd Zaki Ibrahim dan Dun Pengkalan Kubor satu-satunya Dun dimenangi BN diwakili Mat Razi Mat Ail menjadi wakil rakyat disini melalui PRK Dun Pengkalan Kubor 2014.

Dari segi pembangunan, bidang pendidikan menjadi keutamaan apabila  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mula dibuka di sini pada tahun 2010.

Terletak di Kampung Tujoh, MRSM ini antara pembangunan daripada kerajaan pusat di Dun Pengkalan Kubor ketika era Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang membawa perubahan di Pengkalan Kubor sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2004.

Di era beliau juga, dibuka tiga perpustakaan Desa di Bunohan, Kampung Ketil dan Telaga Bata serta dalam sektor pelancongan apabila bangunkan Pantai Geting dengan menyediakan kemudahan seperti tandas, taman permainan kanak-kanak dan gerai jualan. – SINAR HARIAN

*Video sekadar hiasan…

Tags: jajahan satelittumpat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Salleh Permata Bagi Penduduk Di Kota Belud

Next Post

Sah Wan Azizah ‘Lari’ Ke Pandan, Diganti Anaknya

Related Posts

[TIDAK RASMI] Che Lah Mendahului Di Tumpat

[TIDAK RASMI] Che Lah Mendahului Di Tumpat

19/11/2022
0

TUMPAT : Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi mendahului empat lagi calon lain...

PAS Janji Tumbangkan 20 Lembu Jika Menang Besar Di Tumpat

PAS Janji Tumbangkan 20 Lembu Jika Menang Besar Di Tumpat

07/11/2022
0

PRU15 | PAS berjanji kepada pengundi untuk menumbangkan 20 ekor lembu jika parti itu berjaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Tumpat...

Next Post

Sah Wan Azizah 'Lari' Ke Pandan, Diganti Anaknya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd