• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tsunami Melayu Tak Mungkin Berlaku Dalam PRU – PM

oleh
05/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKINKAH tsunami Melayu akan berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang?Tidak mungkin, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan nada amat yakin.

Bercakap kepada sekumpulan editor kanan di pejabatnya di Putrajaya semalam dengan jangkaan PRU diadakan tidak lama lagi beliau berkata: “Saya tidak nampak tsunami Melayu akan berlaku. Ia bermaksud UMNO ditolak!

“Saya tidak nampak (itu akan berlaku). Kami telah mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil sebagai satu ujian serta penilaian terhadap perasaan (orang Melayu) di peringkat akar umbi. Saya tidak nampak tsunami Melayu.”

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, yang telah melawat beberapa buah negeri menjelangnya PRU ke-14 bahkan berkata mood dan sentimen dalam kalangan rakyat adalah bagus dan ia lebih baik berbanding PRU ke-13 lepas.

“Saya tidak nampak mood untuk (rakyat) menukar kerajaan,” katanya merujuk PRU sebelum ini yang menyaksikan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan selain Terengganu, Perak dan Kedah pernah dikuasai pihak pembangkang

Ketika ditanya mood pengundi Cina sebelum PRU kelak, Najib berkata ia agak sukar untuk menyatakannya sekarang memandangkan kecenderungan mereka untuk mengundi hanya akan lebih jelas pada saat-saat akhir.

“MCA menyatakan pengundi Cina akan kembali (kepada BN), ada orang yang mengatakan tidak. Bagi pengundi Cina, anda hanya dapat mengesan (corak pengundian) pada saat akhir kerana mereka adalah pengundi berstrategi.

“Mereka mengundi berdasarkan pertimbangan tertentu. Jadi, kita belum dapat pasti lagi. Tiada siapa yang tahu secara pasti,” katanya sebagai mengulas sokongan kaum itu yang terbukti ketika Pilihan Raya Sarawak pada 2016.

Bagaimanapun, Najib menekankan bahawa komuniti Cina waima hanya etnik minoriti tetap akan mendapat layanan lebih baik dengan BN terutamanya dari segi mempunyai perwakilan yang lebih kuat dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tidak boleh terus memberi empat atau lima (jawatan) menteri dalam Kabinet Persekutuan jika mereka (masyarakat Cina) tidak mahu menyokong BN. Oleh itu, mereka (pengundi Cina) perlu membuat pilihan betul.

“Jika negara kita terus makmur, begitu juga orang Cina. Jika kita maju dengan lebih kukuh dari segi ekonomi, masyarakat Cina di negara ini juga akan mendapat manfaat,” kata beliau merujuk pertumbuhan ekonomi negara.

Mengenai Parti Warisan Sabah yang dipimpin bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Najib berkata parti itu tidak cukup kuat untuk mewujudkan tsunami politik di Sabah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Pilihan Raya UmumTsunami
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Johor Sudah Serah Senarai Kepada PM

Next Post

Jutawan Dikebumikan Bersama Barang Kemas

Related Posts

Jepun: Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi Magnitud 7.6

Jepun: Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi Magnitud 7.6

01/01/2024
0

TOKYO: Gempa bumi kuat dengan skala ritcher 7.6 magnitud melanda wilayah tengah Jepun, Ishikawa hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun...

Amaran Tsunami Dikeluarkan Susulan Gempa Bumi Di Rantau Timor

27/05/2022
0

JAKARTA: Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS) mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter melanda...

Next Post

Jutawan Dikebumikan Bersama Barang Kemas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd