• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pihak Ketiga Pengaruhi Perbicaraan Kes Jong-nam

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga mempengaruhi perjalanan perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Korea Utara, Kim Jong-nam, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Ini, katanya, bagi membolehkan prosiding kes berkenaan berjalan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berhubung sama ada kerajaan Korea Utara mendesak untuk mencampuri urusan perundangan negara dalam kes itu.

Reezal Merican berkata kerajaan tidak menerima sebarang bentuk desakan dari kerajaan Korea Utara untuk turut campur dalam proses perundangan negara berkaitan kes itu.

“Seperti yang kita sedia maklum, kes ini telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari 2017. Kes ini melibatkan seorang mangsa warganegara Korea Utara, Kim Jong-nam dan dua orang suspek wanita masing-masing warganegara Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan Vietnam, Doan Thi Huong, 29.

“Kes ini pada mulanya telah dikemukakan di hadapan Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac 2017 dan seterusnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi perbicaraan lanjut,” katanya.

Reezal Merican berkata perbicaraan bagi kes pembunuhan itu bermula semenjak 2 Oktober tahun lalu dan akan berlangsung sehingga bulan depan.

Katanya, kedua-dua suspek telah diberikan bantuan guaman yang sewajarnya serta kemudahan penterjemah bahasa sepanjang sesi mahkamah berlangsung.

Beliau turut berkata kementerian berkenaan akan terus memantau perkembangan perbicaraan kes ini dari masa ke masa.

“Saya dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang ulasan yang selanjutnya mengenai kes ini semasa perbicaraan kes sedang berlangsung kerana dikhuatiri boleh menimbulkan subjudis,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanKes Bunuh Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Balik Kampung Malam Ini

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara,...

Bunuh Jong-nam: Doan Thi Huong Dibebaskan 3 Mei

13/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd