• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetap Setia Bantu BN Walau Tak Dicalon Semula

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Perjuangan membela rakyat dan membantu Barisan Nasional (BN) tetap diteruskan walau tidak disenarai sebagai calon, demikian kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini, tempat beliau di kawasan yang disandangnya sejak lima penggal digantikan oleh Penyelaras DUN Muadzam Shah, Ir Razali Kassim.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN Pahang bagi PRU14 di Yayasan Pahang di sini hari ini, Maznah berkata beliau menerima pengguguran itu dengan berlapang dada kerana yakin pimpinan tertinggi parti mempunyai alasan terbaik atas keputusan yang dibuat.

“Prinsip saya mudah, yakin dengan pemimpin dan sebab itu tiada istilah kecewa di dalam hati apabila tidak dicalonkan semula. Jadi, apabila sudah tiba masanya, kita perlu berundur dengan baik,” katanya.

Maznah berkata selaku naib ketua dan ketua penerangan UMNO Bahagian Rompin, beliau akan membantu penggantinya dengan berkempen dengan sesungguh hati sebagaimana ketika menjadi calon dahulu bagi memastikan calon BN menang.

“Saya akan mula menggerakkan jentera penerangan sebaik tempoh kempen bermula dan fokus kepada isusemasa dan menerangkan mengenai manifesto BN,” katanya.

Selain Maznah, dua lagi penyandang yang tidak dicalonkan semula ialah Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dan Datuk Lau Lee, masing-masing di DUN Pulau Tawar dan DUN Damak.

Bagi Dr Ahmad Shukri, beliau sememangnya bersedia dengan keputusan itu kerana telah menyatakan hasrat untuk tidak lagi bertanding sejak pilihan raya umum yang lalu.

Katanya beliau gembira apabila hasratnya didengar pucuk pimpinan dan yakin calon baharu akan tampil dengan ‘tenaga’ bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan itu.

“Saya juga akan membantu kempen jentera parti untuk memastikan DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut terus kekal di bawah BN,” katanya yang digantikan oleh calon muka baharu Nazri Ngah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Maznah MazlanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd