• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpelanting Direnjat Elektrik Bervoltan Tinggi

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN sekumpulan 10 lelaki memasang bendera parti politik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi di Kampung Parit Yusof, Muar membawa padah apabila empat daripada mereka terkena renjatan elektrik, semalam.

Dalam kejadian dipercayai berlalu pada 1.30 pagi itu, kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba memacak tiang buluh untuk dipasang dengan bendera parti politik.

Difahamkan, empat mangsa berusia 20-an hingga 40-an terbabit dipercayai sedang mengangkat tiang buluh berkenaan sebelum secara tiba-tiba berlaku renjatan kilat hingga menyebabkan mereka terpelanting.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki dilaporkan parah apabila patah tulang rusuk, manakala tiga lagi cedera ringan.

Semua kemudian mangsa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan masih melakukan siasatan.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) supaya tidak memasang bahan kempen di tempat berisiko terkena renjatan elektrik.

Ia termasuk tidak meletakkan atau mengantung bendera dan sepanduk parti di tiang, kabel, peti pembekal, pencawang serta pepasangan elektrik lain.

Ini kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya jika mengabaikan keselamatan sekali gus berisiko terkena renjatan elektrik. – myMetro Online

Tags: Benderarenjatan elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

19/11/2025
0

PAPAR: Polis menafikan dakwaan tular kononnya berlaku kejadian terbaru membabitkan kematian seorang individu akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera...

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd