• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Ada Sebab Masam Muka, Fadzil Nafi Gaduh Farid

oleh
06/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIR dicincang tidak akan putus, begitulah juga seperti hubungan sesama adik beradik antara pelakon Farid Kamil dan adiknya, Fadzil Zahari  yang konon kini bermasam muka sesama sendiri.

Bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan oleh Fadzil sendiri kerana dia sudah menjangkakan isu itu pasti akan diperkatakan selepas dia tidak kelihatan semasa sidang media tergempar yang dilakukan oleh Farid baru-baru ini.

“Mungkin ketiadaan saya ketika sidang media baru-baru ini mencetuskan ura-ura kami adik- beradik bergaduh.

“Sebenarnya saya ada urusan lain pada hari kejadian jadi tidak sempat untuk hadir sama memberikan sokongan kepada abang saya.

“Kami masih rapat dan saya masih hadir ke semua sesi prosiding mahkamah abang saya. Tiada masalah antara kami berdua,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Dalam masa sama, ibu bapa mereka kini juga sudah berada di ibu kota bagi memberikan sokongan kepada Farid berkaitan isu ditahan kerana mengasari pihak polis di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan beberapa lagi kesalahan yang dilakukan ketika itu.

Malah, Fadzil turut tidak membenarkan ibubapanya bergegas ke Kuala Lumpur ketika isu itu sedang berlaku kerana bimbang akan keselamatan mereka yang memandu dalam keadaan sedih dan tertekan.

“Selepas keadaan kembali reda barulah mereka datang ke sini dan tinggal bersama saya untuk memberikan sokongan moral kepada kami sekeluarga,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: fadzil zahariFarid Kamilnetien
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mara Cadang Bina KPM Di Kampung Beris

Next Post

Bubar DUN: MB Menghadap Sultan 11 April

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

Next Post

Bubar DUN: MB Menghadap Sultan 11 April

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd