TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Yatt Hamzah yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital Hospital Wanita & Kanak-Kanak Naluri, Wangsa Maju kira-kira 12.10 tengah hari pada Ahad.
Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh selebriti itu menerusi satu entri di laman Instagram miliknya yang dimuat naik pada Isnin.
Menerusi posting selebriti itu, Yatt berkata bayi perempuan yang seberat 3.33 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal.
“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara normal di Hospital Naluri. Kira-kira pukul 12.10 tengah hari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.
“Bonda dan baby girl #babyYH seberat 3.33 kilogram dalamkeadaan baik dan sihat Alhamdulillah,” tulisnya menerusi posting berkenaan.
Dalam pada itu, Yatt bagaimanapun bersyukur kerana segalanya berjalan lancar selain mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua pihak.
“Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua.
“Terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial.
“Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih lagi Muttaqin. Amin,” katanya.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah dan suami, Mohammad Zulfadhli Khairuddin mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima yang kini berusia 1 tahun.
Selain itu melalui perkahwinan pertama, Yatt juga mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika yang kini berusia 8 tahun. – MYNEWSHUB.CC/AM