• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Perkenan Bubar DUN Perak

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 Perak, berkuat kuasa hari ini, pada istiadat menzahirkan pengumuman pembubaran itu, di Istana Iskandariah, di sini.

Pada majlis itu, baginda menitahkan kesemua parti politik, terutama barisan pimpinan politik, perlu mencerminkan sifat bertanggungjawab pada setiap masa dengan mengutamakan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan perpaduan warga.

“Berlatarbelakangkan pengalaman 13 kali pilihan raya umum sebelum ini, warga wajib mempamerkan kebijaksanaan berpolitik dengan mengamalkan budaya demokrasi secara matang,” titah baginda.

Baginda menitahkan supaya isu agama, kaum, budaya dan bahasa tidak disensasikan dalam mendapatkan sokongan pengundi sehingga menjejaskan hubungan harmoni dan perpaduan.

“Pada setiap masa, wajib dipelihara dan wajib dipastikan, tidak diucap sebarang perkataan, dan tidak dilakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan persengketaan di antara warga.

“Keselamatan negara dan ketenteraman awam terlalu berharga untuk dikorbankan disebabkan matlamat politik jangka pendek,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut menitahkan agar tidak dipersulitkan tugas dan ditambah bebanan pasukan keselamatan dengan mencetuskan perkara yang boleh menjejas ketenteraman awam.

Baginda bertitah pihak penguatkuasaan undang-undang perlu mengambil tindakan tegas dan pantas terhadap sebarang perbuatan mana-mana pihak yang boleh menjejas ketenteraman awam.

“Integriti pihak penguatkuasaan undang-undang hendaklah dipelihara dengan mempamerkan amalan penguatkuasaan berlandaskan undang-undang secara adil dan saksama, yang tidak memihak dan tidak mempamerkan sikap partisan kepada mana-mana kumpulan, dan berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara,” titah baginda.

Sultan Nazrin menyeru agar semua pihak dan setiap warga membantu memastikan proses pilihan raya berjalan aman dan tenteram dengan berteraskan semangat meluhurkan Perlembagaan, mendaulatkan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan.

“Apa juga penentuan yang menjadi pilihan rakyat, berpeganglah kepada prinsip kepercayaan kepada Tuhan. Bahawa segala yang berlaku dan tidak berlaku, dan apa jua pencapaian atau tidak pencapaian rancangan, adalah di bawah penentuan Ilahi,” titah baginda.

Titah baginda, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu melaksanakan tugas secara profesional, telus dan berintegriti dalam memastikan kelangsungan pilihan raya tidak dipertikaikan.

“Pilihan raya adalah satu proses yang memberi hak dan peluang kepada warga yang wajib dihormati, dihargai dan tidak dinafikan untuk memilih kerajaan.

“Selaras dengan Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan, penentuan tarikh mengadakan pilihan raya umum ke-14 terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya,” titah baginda.

Baginda bertitah semua pihak wajib memberikan kerjasama untuk membolehkan SPR melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: DUN PerakSultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

DUN Perak Lulus Belanjawan 2025

DUN Perak Lulus Belanjawan 2025

05/12/2024
0

Ipoh: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion iaitu jumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd