• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Komanwel Labuhkan Tirai Penuh Gilang-Gemilang

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Selepas 11 hari pertandingan, temasya Sukan Komanwel 2018 malam ini, melabuhkan tirai dalam upacara gilang-gemilang dan padat dengan persembahan hiburan di Carrara Sports and Leisure Centre di Gold Coast, Australia.

Tuan rumah Australia mengungguli temasya sukan berkenaan kali ini selepas meraih 80 pingat emas, 59 perak dan 59 gangsa, diikuti England di tempat kedua dengan 45 emas, 45 perak dan 46 gangsa, manakala India di kedudukan ketiga selepas mengumpul 26 emas, 20 perak dan 20 gangsa.

Malaysia menamatkan saingan pada temasya sukan itu di kedudukan ke-12 selepas meraih tujuh pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Louise Martin dalam ucapannya berkata edisi 2018 mencipta sejarah tersendiri apabila acara ragbi tujuh sebelah wanita, bola tampar pantai dan Para Triathlon menawarkan pingat buat pertama kali dalam sejarah Sukan Komanwel.

Beliau berkata atlet yang beraksi pada temasya kali ini menampilkan aksi yang hebat selaku pemegang rekod dunia dan mempamerkan semangat juang tinggi dan persembahan mantap daripada atlet muda.

“Ketika temasya sukan ini sudah semakin hampir ke penghujung, masa depan Sukan Komanwel sangat cerah, malah edisi 2018 ini lebih relevan daripada sebelum ini.

“Kita sudah menyaksikan sukan berprestasi tinggi di tahap terbaik di Gold Coast. Atlet, pegawai pasukan, sukarelawan, penonton dan media berkongsi atas kejayaan dan cabaran ini bersama-sama dengan atlet dalam 275 acara sukan,” katanya.

Beliau juga menghargai sumbangan 15,000 sukarelawan yang berusaha menjadikan temasya itu suatu kenyataan dan berjaya.

Penyanyi lagu indie dan penulis lirik serta penerbit dari Gold Coast, Amy Shark memulakan persembahan dengan lagu ‘Let Love Rule’ diikuti dengan persembahan Archie Roach, diiringi Voice of Birralee dan juga Yugambeh Youth Choir.

Pada masa yang sama, penonton dihiburkan dengan persembahan Restless Dance Theatre di pentas satelit ​​​ketika Archie dan Amy melakukan persembahan.

Persembahan hiburan diteruskan oleh Ricki-Lee dan The Koi Boys sebelum Anthony Callea menyanyikan lagu ‘You Should be Dancing’ dengan disertai para atlet.

Barisan atlet yang menyertai temasya sukan berkenaan, kemudian bersama-sama memeriahkan majlis penutup itu, sambil tepukan gemuruh daripada 35,000 orang yang menyaksikan upacara berkenaan.

Bendera Sukan Komanwel kemudian diturunkan dan diserahkan kepada Datuk Bandar Gold Coast, Tom Tate, yang kemudiannya diserahkan kepada Martin.

Selepas itu, Martin menyerahkan bendera Sukan Komanwel kepada tuan rumah Sukan Komanwel 2022, yang diterima Datuk Bandar Birmingham, Anne Underwood.

Di penghujung acara berkenaan, venue majlis penutup itu bergema dengan persembahan terakhir yang membawa mesej ‘Put a Little Love in Your Heart’. – BERNAMA

Tags: Sukan Komanwel 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Tahniah Kepada Atlet Di Sukan Komanwel

16/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua atlet negara yang...

Emas Ke-7 Sumbangan Mei Kuan-Vivian Hoo

15/04/2018
0

GOLD COAST — Pasangan beregu wanita Malaysia Chow Mei Kuan-Vivian Hoo menang pingat emas acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd