• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPED Nano Bantu Usahawan Nano Luar Bandar

oleh Ahmad Albab
13/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hari ini melancarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED Nano), khusus untuk membantu memperkasa perniagaan kecil bumiputera di 182 kawasan parlimen di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi menjayakan skim yang menyasarkan membantu 1,500 peniaga dalam kategori perniagaan dengan pendapatan tahunan maksimum RM150,000.

SPED Nano menawarkan bantuan pembiayaan RM10,000 tanpa cagaran dengan peniaga hanya perlu mempunyai lesen perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan kelulusan pula mengambil masa tujuh hari, katanya ketika berucap melancarkan skim itu, di Laman Kerayong di sini.

Katanya pembiayaan yang mengenakan kadar faedah empat peratus itu menumpukan usahawan nano dalam kalangan peniaga pasar malam, pasar tani serta peniaga dalam talian.

Beliau berkata SPED Nano diperkenalkan selepas kerajaan mendapati kelompok terbabit yang sebelum ini termasuk dalam kategori perusahaan mikro sukar mendapat pinjaman kewangan kerana syarat yang ketat antaranya pinjaman perlu bermula dari RM50, 000 dan ke atas.

Katanya selepas mengambil kira keperluan peniaga kecil luar bandar yang tidak mampu mendapat pinjaman kewangan, kementeriannya mengecilkan segmentasi perusahaan mikro dengan memberi fokus kepada perniagaan yang sekurang-kurangnya beroperasi minimum tiga bulan untuk dibantu melalui SPED Nano.

Ini sekali gus dapat membantu peniaga yang sukar mendapatkan penjamin dan tidak memiliki aset untuk meningkatkan perniagaan sedia ada, katanya.

Katanya bagi memastikan perniagaan terbabit terus berkembang, peniaga akan dibimbing oleh pegawai Mara.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyerahkan cek pembiayaan berjumlah RM10, 000 masing-masing kepada 15 usahawan dari kawasan Parlimen Bera. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakobusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd