• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Remaja Lelaki Bakal Ke Olimpik

oleh
29/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Skuad hoki Malaysia terus gah mencipta nama apabila Skuad hoki lelaki Bawah-18 tahun negara buat pertama kali layak ke sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina.

Sejarah tersebut berjaya dicipta apabila skuad hoki lelaki Bawah-18 tahun menumbangkan Korea Selatan pada aksi separuh akhir Kelayakan Asia Sukan Olimpik Remaja 2018 (5 Sebelah) semalam.

Lapor Astro Awani, persaingan sengit di antara dua pasukan ini terikat 4-4 dalam perlawanan yang membawa pada pukulan penalti.

Jaringan dari pemain negara telah berjaya disumbangkan oleh Akhimullah Anuar Esook pada minit keempat dan ketujuh, Noor Firdaus Rosdi (minit kelima) dan Amirul Hamizan Azahar (minit ke-22).

Manakala dari pihak lawan, jaringan menerusi Bae Soung pada minit kedua, Chun Semin (minit kelima), Lee Seyong (minit ke-12) dan Jang Pilhyeok pada minit ke-26.

Skuad negara kendalian Wallace Tan telah meraih kemenangan apabila menewaskan lawan 5-4 dalam penentuan pukulan penalti untuk mara ke final.

Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan skuad hoki remaja negara ke Sukan Olimpik Remaja akan datang pada 6 hingga 18 Oktober ini.

Malaysia telah mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B selepas mengalahkan Kemboja 23-0, Taiwan 10-0, Bangladesh 7-4, Pakistan 12-1 dan Singapura 7-1.

Perlawanan final yang berlangsung hari ini akan menemukan pasukan negara dengan pasukan India bakal menjadi debaran buat para pemain.

Dalam perkembangan lain, skuad hoki remaja wanita tewas 2-4 kepada India pada saingan separuh akhir.

Penentuan tempat ketiga dan keempat oleh anak buah Yahya Atan it akan bertemu dengan pasukan dari Korea Selatan hari ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: hokiOlimpikremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd