• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Tawar RM10K Jika Lupus Motosikal Buruk

oleh
06/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA di Malaysia, pemilik motosikal model lama dianggap sebagai legenda hidup malah kenderaan beroda dua tersebut menjadi perhatian ketika di jalanan, namun lain pula halnya di Singapura.

Para pemilik motosikal usang itu kini boleh mendapat wang sehingga S$3,500 (RM10,280) jika mereka sanggup memilih secara sukarela untuk membatalkan pendaftaran kenderaan tersebut dalam masa lima tahun akan datang.

Inisiatif terbaharu oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu didedahkan hari ini sebagai langkah unik demi untuk mengurangkan pencemaran udara yang sebahagian besarnya disebabkan oleh motosikal jenis lama.

Insentif itu terbahagi kepada dua cara. Pertama, pemilik menerima S$3,500 jika tidak perbaharui sijil pemilikan (COE) untuk motosikalnya selepas 7 April ini dan membatalkan pendaftaran motosikalnya sebelum 5 April 2023.

Atau kedua, jika pemilik itu memperbaharui COE motosikalnya pada atau selepas 7 April ini dan membatalkan pendaftaran kenderaan lama tersebut sebelum 5 April 2023, mereka hanya layak mendapat S$2,000 (RM5,875).

Bagaimanapun mereka juga bakal menerima rebat bagi baki tempoh COE yang tidak habis digunakan. Hanya motosikal yang berdaftar sebelum 1 Julai 2003 dan mempunyai 10 tahun tempoh COE layak bagi insentif ini.

Namun bagi mereka yang bertegas tetap mahu memilih untuk terus menyambung penggunaan motosikal lama itu, pihak NEA akan mengetatkan tahap piawaian pengeluaran bahan pencemaran udara bermula 6 April 2023 depan.

Motosikal sebegini kemudian akan diizinkan untuk digunakan hanya sehingga 30 Jun 2028 jika mereka berjaya memenuhi standard lebih ketat itu. Sebanyak 27,000 buah motosikal lama dijangka terjejas dengan inisiatif ini.

Langkah tersebut bagi menghapuskan sama sekali motosikal jenis lama di semua jalan raya dalam masa 10 tahun. Menurut NEA, motosikal buruk sebegitu sering menyumbang kepada sebahagian besar kadar pencemaran udara.

Untuk rekod, meskipun motosikal secara keseluruhannya membentuk 15% daripada jumlah kenderaan di jalan raya Singapura, ia menyumbang lebih separuh daripada pelepasan gas karbon monoksida yang beracun di republik itu.

Malahan, motosikal daripada model lama yang membentuk cuma 20% daripada jumlah keseluruhan motosikal di jalan raya negara pulau berkenaan menyumbang lebih 40% pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya itu.

Pemilik yang layak akan menerima surat daripada NEA berhubung skim ini menjelang akhir bulan ini. Persoalannya tergodakah mereka dengan tawaran wang atau kekal sentimental nostalgia lama? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seramai 2.1j Sukarelawan Sertai CDERT Sehingga Mac

Next Post

Mara Cadang Bina KPM Di Kampung Beris

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Mara Cadang Bina KPM Di Kampung Beris

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd