• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sherry Belum Mahu Dedah Kekasih Kepada Umum

oleh Haris
16/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIARPUN ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang bertakhta di hatinya, pelakon dan usahawan terkenal, Sherry Ibrahim mennyifatkan bahawa dia belum merancang untuk mendedahkan wajah kekasihnya itu kepada umum.

Sebelum ini, Sherry membuat pendedahan bahawa dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi seseorang.

Baca: Sudah Jumpa Pengganti, Hati Sherry Milik Seseorang

Jelas Sherry, buat masa ini, dia masih belum berkongsi gambar bersama teman lelakinya itu di laman sosial kerana merasakan tidak perlu berbuat demikian selain menganggap perkara itu sebagai privasi untuk dirinya.

Ujar Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, dia memang sejak dari dahulu lebih gemar merahsiakan hal peribadinya serta mengambil pendekatan bersederhana dalam bercinta.

“Saya ada dua kehidupan iaitu sebagai orang biasa yang mana saya tidak paparkan kepada umum di media sosial kalau ada pun tidak keterlaluan.

“Satu lagi kehidupan sebagai selebriti yang saya boleh berkongsi tentang perkembangan kerjaya saya malah dari dulu pun saya jarang berkongsi di media sosial,” katanya kepada portal mStar Online.

Mengulas lanjut mengenai jejaka yang telah berjaya menambat hatinya itu, Sherry mengatakan bahawa hubungan mereka ketika ini masih dalam peringkat berkenalan.

Mengakui intim dan bahagia dengan lelaki berkenaan, Sherry bagaimanapun tidak mahu terdesak melangkah ke fasa perkahwinan.

Bagaimanapun, pelakon drama Syurga Yang Kedua itu berjanji akan berkongsi dengan peminat sekiranya dia sudah benar-benar bersedia melangkah ke alam perkahwinan.

“Kami masih mengenali hati budi dan dia seorang yang sentiasa memberi sokongan dalam apa juga yang saya lakukan.

“Insya-Allah, jodoh di tangan Allah, kalau sampai masanya saya akan berkongsi dengan semua, saya tidak akan sorok perkara yang baik,” ujarnya.

Sherry ditemui pihak media ketika majlis ramah mesra Deeja Cosmetic & Sherry Ibrahim yang diadakan di Talent Lounge, Damansara Perdana, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dia yang merupakan pengasas produk kecantikan Deeja Cosmetic berkata, dia kini komited dan memberikan sepenuh fokusnya membangunkan bisnes berkenaan yang sudah mula diusahakan sejak tiga tahun yang lalu itu.

Tambah Sherry, impiannya adalah untuk menyaksikan jenama tersebut berkembang dan menjadi lebih dikenali dan menegaskan penglibatannya dalam bidang berkenaan bukanlah sekadar suka-suka.

“Saya tidak main-main berniaga, jika ada berlaku masalah saya akan turun padang selesaikan.

“Alhamdulillah, tiga tahun bersama Deeja Cosmetic perkembangannya sangat baik malah maklum balas pengguna juga sangat positif,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: pelakonsherry ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Nak Jadi? ‘Kunyit’ Dan Pedofilia Menular Di FB

Next Post

Iran Larang Penggunaan Media Sosial Asing Di Sekolah

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Iran Larang Penggunaan Media Sosial Asing Di Sekolah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd