• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrir Sedia Pertahan Kerusi Parlimen JB

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menyatakan kesediaannya mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bharu, walaupun sebelum ini beliau ada menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Shahrir berkata beliau mahu menyahut seruan kepimpinan parti untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ini.

Shahrir yang menjangkau usia 68 tahun sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada PRU-14 kerana menyifatkan sudah tiba masa berundur selain mahu memberi laluan kepada pelapis muda.

Bagaimanapun, Shahrir berkata beliau akan mengetengahkan peranan anak muda dalam konteks kepimpinannya.

“Skop politik itu luas, ia bukan hanya fokus kepada peranan seseorang yang memegang portfolio wakil rakyat, tapi ia seharusnya membuka lebih peluang penyertaan dan sumbangan semua orang dalam satu-satu parti.

“Sungguhpun saya ini agak tua, pada saya sumbangan anak muda boleh kita salurkan, kita gemblengkan. Penyertaan dalam politik boleh dilakukan melalui gerakan di peringkat badan-badan sivil, dalam gerakan NGO dan sebagainya tetapi dengan syarat kita memperkasakan komuniti,” katanya selepas pelancaran buku ‘Malaysia Tanpa BN’ di bangunan Parlimen, hari ini.

Shahrir menyandang kerusi Parlimen Johor Bahru sejak 1978, namun tidak bertanding pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999 sebelum memenangi kembali kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 sehingga kini.

Sementara itu, buku ‘Malaysia Tanpa BN’ yang ditulis Datuk Ahmad Faris Abdul Halim dan Prof Dr Nasrudin Mohammed mengandungi sembilan bahagian yang menyentuh mengenai aspek politik, keunikan Malaysia dan juga kepimpinan Najib. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrir Pertahan Zahid, Bidas Pemimpin Desak Presiden Umno Letak Jawatan

16/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang...

Siasatan Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar

30/06/2018
0

JOHOR BAHRU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberukan akaun UMNO untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd