• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seremban Diserang Ulat Bulu, 62 Mangsa Dirawat

oleh
06/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sudah berjaya mengenal pasti tiga lokasi yang terlibat dalam kes serangan ulat bulu di kawasan sekitar Seremban sejak beberapa hari lalu.

Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata kawasan terlibat adalah Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Seremban, Kampung Pantai, Seremban; Sekolah Kebangsaan Pantai, Batu 8, Jalan Jelebu, Seremban dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Seri Perkasa, Batu 8, Jalan Seremban-Mantin, Seremban.

“Setakat ini seramai 62 orang telah diberikan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Mantin kerana mengalami kegatalan pada kulit mereka. Namun, tiada pesakit dimasukkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas surat dari Klinik Kesihatan Mantin mengenai kejadian itu yang ditularkan di media sosial yang mana surat itu dikeluarkan untuk kegunaan pihak PLKN Mantin saja.

Dr Zainudin berkata kejadian itu boleh berlaku semasa musim pembiakan rama-rama di pokok berdaun tertentu menyebabkan ulat bulu ini jatuh ke tanah atau diterbangkan angin ke premis kediaman manusia yang berdekatan.

Pihak Pejabat Kesihatan Seremban turut menjalankan penilaian keadaan dan disusuli dengan tindakan kawalan iaitu melakukan semburan racun hari ini pada kawasan terlibat.

“Saya nasihatkan jika sesiapa yang terkena ulat bulu ini dan alahan berlaku seperti kegatalan, mereka boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan terdekat.

“Mereka yang mempunyai sejarah alahan mungkin mempunyai reaksi yang serius seperti alahan seluruh badan dan sukar bernafas perlu segera dapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA/haa

Tags: Rama-Ramaulat bulu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penduduk Parit Buntar Diserang Ribuan Ulat Bulu

01/02/2017
0

PARIT BUNTAR - Kehadiran ribuan ulat bulu di Taman Kerian Permai Fasa Dua di sini sejak empat hari lalu mengejut...

Penduduk Lega Ribuan Ulat Bulu Hitam Mati Disembur Racun

29/11/2016
0

ALOR SETAR - Sebahagian penduduk di Kampung Tepi Laut Tebengau, Mukim Tebengau, di sini menarik nafas lega apabila ribuan ulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd