• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semakan Pusat Mengundi Bermula 16 April – SPR

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semakan maklumat pusat mengundi bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) boleh dibuat mulai Isnin (16 April) untuk pemilih berdaftar mengetahui tempat mengundi bagi kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didaftarkan.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Penjalanan Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Sarif Hassan berkata pada masa ini hanya semakan daftar pemilih boleh dilakukan bagi mengetahui status pendaftaran pemilih sama ada berkelayakan atau tidak sebagai pengundi.

“Sekarang belum boleh (semak maklumat pusat mengundi). Jika semak dalam laman web SPR sekarang hanya menunjukkan kawasan parlimen atau DUN. Tidak sampai ke tempat mengundi di sekolah mana,” katanya ketika menjadi tetamu slot ‘1Malaysia Negaraku’ Bernama Radio, di sini hari ini.

Beliau berkata semakan boleh dilakukan sama ada melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui aplikasi MySPR Semak atau menghubungi talian 03-88927018 atau SMS ke 15888.

Semalam, SPR menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei.

Pengundi dinasihatkan membuat semakan awal bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi serta memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Beliau turut mengingatkan pengundi agar membawa kad pengenalan diri dan tidak menyerahkan sebarang dokumen pengenalan diri kepada pihak yang tidak berkenaan.

Menjawab soalan berhubung keputusan SPR menetapkan hari Rabu (9 Mei) sebagai hari pengundian pada pilihan raya kali ini, beliau berkata penetapan tarikh pilihan raya merupakan hak SPR berdasarkan bidang kuasa SPR setelah tujuh anggota suruhanjaya itu bermesyuarat mengenainya.

“Saya tidak nampak yang 9 Mei (Rabu) itu sebagai halangan yang besar untuk kita adakan pilihan raya. Sebelum ini pun kita lihat pilihan raya boleh berlaku bukan setakat Sabtu atau Ahad, ada juga pada hari Isnin dan Selasa,” jelasnya.

Hari ini, kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara bersempena hari mengundi PRU14 bagi memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Marilah rakyat Malaysia jayakan tanggungjawab anda dalam proses demokrasi negara pada PRU14.

#jomkitasemak #jomkitaundi #undiandapenentumasadepannegara

Tags: Mohd Sarif HassanPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd