• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Selfie’ Depan Jenazah Ibu Punca Zul, Zahirah Putus

oleh Haris
15/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH percintaan di antara pasangan selebriti, Zul Arifffin dan Zahirah Macwilson yang sebelum ini menunjukkan tanda hubungan mereka sedikit goyah, kini dilaporkan telah terlerai sejak lebih sebulan yang lalu.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Zul apabila dia mengesahkan tentang perkara berkenaan selepas teka-teki mengenai hubungan mereka berdua menjadi persoalan yang bermain di fikiran orang ramai.

Malah, jelas Zul, dia juga menyedari bahawa orang ramai sudah mengetahui bahawa hubungannya bersama aktres berusia 23 tahun itu mempunyai masalah dan bagai ada pasang surutnya sejak tahun lalu.

“Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

“Sebab itu, saya hanya memberi ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya.

“Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali. Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri.

“Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi,” katanya memetik portal BH Online.

Terdahulu, Zahirah juga tampil memberi gambaran bahawa ikatan cinta mereka sudah berakhir setelah sekian lama berteka-teki mengenai status hubungannya bersama Zul dan meminta orang ramai untuk tidak membangkitkan kisah peribadi mereka lagi.

Baca: Zahirah Beri Bayangan Sudah ‘Putus’ Dengan Zul Ariffin?

Ketegangan hubungan di antara kedua pelakon ini dilihat seperti tiada penghujungnya apabila beberapa isu yang terjadi nyata menguji kekuatan ikatan cinta yang terjalin oleh mereka.

Ini termasuk isu kontroversi yang mengaitkan Zahirah sebagai ‘orang ketiga’ yang menjadi punca keretakan hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong, tahun lalu.

Malah, Zul juga diuji apabila bapa kepada aktres tersebut, Zainol Macwilson juga dilaporkan tidak merestui hubungan cinta anakanya bersama aktor berusia 31 tahun itu.

Bagaimanapun, pelakon filem J Revolusi dan Tombiruo itu sebelum ini dilihat masih mempertahankan hubungan cintanya bersama Zahirah yang terjalin sejak tiga tahun yang lalu itu.

Mengulas lanjut, Zul yang menempa populariti dalam industri hiburan negara menerusi drama Rindu Awak 200% itu menyifatkan dia tidak berasa kecewa dengan perpisahan itu.

Namun, Zul dalam masa sama turut mempersoalkan tindakan Zahirah yang tidak sensitif dengan keadaan sekeliling sewaktu kehilangan ibunya, Robiah Nasir pada 5 Disember yang lalu.

“Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie‘ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

“Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

“Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

“Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya,” ujarnya.

Zul bagaimanapun menambah bahawa dia reda selepas kepincangan hubungannya bersama aktres itu tidak mampu dipulihkan lagi dan menyebabkan mereka berdua kini membawa haluan masing-masing.

“Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi,” tuturnya. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: putus hubunganZahirah MacwilsonZul Ariffin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

38 Buah Rumah, Sekolah Musnah Dilanda Ribut

Next Post

Wanita Ini Sanggup Buang Jantina Kalau BN Kalah?

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

Next Post

Wanita Ini Sanggup Buang Jantina Kalau BN Kalah?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd