• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Super: Selangor Mahu Padam Badi Kedah

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selangor tekad memastikan kemarau tujuh tahun tanpa kemenangan ke atas Kedah dalam kempen Liga Super berakhir apabila kedua-dua pasukan bertemu buat pertama kali musim 2018 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam esok.

Selepas gagal mencatatkan kemenangan dengan Kedah dalam saingan Liga Super sejak 2011, Selangor memasang tekad untuk menamatkan penantian dengan membawa pulang tiga mata penuh.

Kali terakhir skuad Gergasi Merah merakam kemenangan Liga Super terhadap Kedah adalah pada musim 2011 dengan menang 2-0 masing-masing dalam dua pertemuan pada musim tersebut sebelum merekodkan empat seri dalam enam pertemuan antara mereka selepas itu.

Selepas lima perlawanan musim ini, kedua-dua pasukan itu berkongsi enam mata dengan Kedah menduduki tangga ketujuh dengan perbezaan gol diikuti Selangor.

Pengendali Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir, berharap momentum kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur pada suku akhir pertama Piala FA, Sabtu lepas, dapat diteruskan malam esok.

“Misi kami adalah membawa pulang mata…tidak kira sama ada tiga ataupun satu. Saya menjangka Kedah akan memberi saingan sengit di gelanggang sendiri tetapi kami sudah bersedia.

“Fokus serta mentaliti pemain berada pada tahap positif dan berharap segala perancangan taktikal dapat dijelmakan dengan baik di atas padang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada masa sama, Muhammad Nazliazmi boleh menarik nafas lega selepas pemain tengah, Azamuddin Mohd Akil dijangka dapat diturunkan pada aksi itu selepas disisihkan hampir tiga bulan akibat kecederaan yang dialami pada aksi pembukaan menentang Kuala Lumpur, Februari lepas.

Namun beliau memaklumkan pemain muda meningkat naik, Muhammad Syahmi Safari serta Joseph Kalang Tie terpaksa disisihkan akibat kecederaan sementara khidmat pemain import, Willian Pacheco tidak dapat digunakan akibat digantung perlawanan.

“Kembalinya Azamuddin dalam pasukan ibarat satu khabar baik bagi kami semua tetapi saya perlu melihat prestasi dan tahap kecergasannya sehingga esok sebelum memutuskan sama ada beliau akan diturunkan ataupun tidak,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: bolasepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serap Semangat Skuad B-23

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad bawah (B-23) tahun negara yang berjaya menamatkan badi gagal menundukkan Korea Selatan selama 44 tahun...

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

13/09/2018
0

MADRID - Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque merasakan Usain Bolt akan menjadi ‘pemain bola sepak yang amat bagus’ tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd