• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Dikritik Tak Hantar Data Hak Milik Strata

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelewatan negeri Selangor memberi data mengenai jumlah bangunan khas yang masih belum memiliki hak milik strata di negeri masing-masing untuk dimasukkan di dalam senarai Tabung Khas Hak Milik Strata, dikritik anggota Parlimen.

Anggota Parlimen Kota Tinggii Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku terutama di negeri Selangor yang menurutnya mempunyai jumlah tertinggi bangunan khas dengan masalah strata dalam negara.

“Saya amat kecewa saya minta kementerian dan kerajaan negeri, janganlah benda-benda macam ini tak ambil berat, sebab ini melibatkan simpanan pelaburan rakyat berpuluh-puluh tahun, bergenerasi.

“Banyak bangunan lama ini menyusahkan, sebab mereka tak dapat nak dijual, tak dapat ditukar nama, sebab kebanyakan pemilik ialah pemilik benefisiari bukan pemilik berdaftar,” katanya ketika membahas usul kali pertama penubuhan tabung berkenaan sebelum diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Penubuhan tabung berkenaan dicadangkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk dimasukkan dalam jadual kedua Akta Tatacara Kewangan 1957.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz ketika menggulung usul berkenaan berkata sehingga Ogos tahun lepas berdasarkan data yang diberikan setiap negeri tidak termasuk Selangor dan Kelantan, sebanyak 25,761 petak kediaman telah disenaraikan dalam tabung berkenaan.

“Untuk permulaan di bawah kementerian, kita dah buat satu memo kepada Kabinet untuk selesaikan dahulu di peringkat awal 25,000 petak ini daripada negeri-negeri yang telah pun kita dapatkan data sehingga 30 Ogos.

“Jadi berdasarkan kepada angka ini, maka anggaran dibuat dengan keperluan pada masa ini untuk gerakkan tabung ini lebih kurang RM12.8 juta telah diluluskan Kabinet,” katanya.

Tambah beliau, dana daripada tabung berkenaan akan digunakan antara lain bagi pembayaran yuran kepada juruukur, permohonan hak milik, premium tanah dan sebagainya. – BERNAMA

Tags: Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Eeeww! Ibu Beri Anak Makan ‘Sup’ Berudu Hidup

Next Post

Faktor Bekalan Punca Fama Tak Eksport Harumanis

Related Posts

No Content Available
Next Post

Faktor Bekalan Punca Fama Tak Eksport Harumanis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd