• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pertama Di Kelantan

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) pertama di Kelantan akan dibina di sini dengan kos RM65.5 juta, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pembinaan SBPI Tanah Merah di Bechah Perahu, Manal 1 di sini dijadual bermula pada hujung tahun ini dan siap dalam tempoh tiga tahun.

Sekolah berkenaan mampu menempatkan lebih 700 pelajar pada satu-satu masa, katanya.

“…ini projek berterusan. Ini kerana kementerian amat peka dan berusaha memenuhi keperluan untuk pembinaan sekolah berasrama penuh ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah SBPI Tanah Merah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang dipilih sebagai calon BN bagi Parlimen Tanah Merah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

SBPI Tanah Merah, yang dibina di kawasan seluas 9.1 hektar, mempunyai 20 bilik darjah dan kemudahan seperti asrama, surau, dewan makan dan makmal sains.

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata pembinaan SBPI membolehkan pelajar cemerlang di Kelantan menyambung pelajaran tanpa keluar dari negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rubiah Wang Mahu Kota Samarahan Terus Membangun

Next Post

Nazim Enggan Dedah Privasi Di Media Sosial

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

Next Post

Nazim Enggan Dedah Privasi Di Media Sosial

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd