• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Diajar Tidak Khianati Rakan Dalam Politik

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Amalan mengkhianati rakan tidak seharusnya diamalkan dalam politik.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata beliau diajar sejak hari pertama menyertai politik supaya tidak mensabotaj rakan.

“Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun juga menunjuk ajar pada saya supaya tidak mengkhianati rakan, parti, rakyat dan negara. Paling penting, Islam juga mengajar kita supaya ikhlas dalam perjuangan dan adil untuk sebarang tindakan kepada semua bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Nelayan Sandakan dan Program Majlis Jalinan Kasih Nelayan Bersama Pemimpin dan Pelancaran Penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Libaran di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata itulah yang dilakukan pemimpin parti pembangkang di negeri ini ketika berada di dalam UMNO.

Justeru, Musa mahu rakyat menolak pemimpin seperti itu yang disifatkan sebagai berjuang atas faktor inginkan kuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan nelayan menerusi program bantuan khas golongan itu bagi memastikan mereka hidup dalam keadaan selesa.

Katanya kerajaan sangat menghargai peranan penting nelayan sebagai penyumbang sumber makanan utama di negara ini.

Pada majlis tu, Musa turut menyampaikan replika cek RM2 juta untuk bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada anggota PNK Sandakan dan RM650,000 bagi Program Pemantapan 15 PNK di negeri ini. – BERNAMA

Tags: khianatTan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khas Kepada Penyokong JDT Yang Bersedih!

Next Post

BN Pahang Dijangka Tampil Tiga Muka Baharu

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

28/04/2024
0

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran yang berlaku di pejabat Majlis Bandaraya Kuala...

Next Post

BN Pahang Dijangka Tampil Tiga Muka Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd