• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Bangunkan Taman Perindustrian Bio

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Kerajaan negeri Sarawak telah bersetuju untuk membangunkan sebuah taman perindustrian bio yang menempatkan industri termasuk biodiversiti dan pertanian di bandar ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tanpa mendedahkan butiran lebih terperinci, beliau berkata keputusan itu diambil selepas kerajaan negeri menerima cadangan syarikat luar negara yang berminat menjalin kerjasama dengan Majlis Biodiversiti Sarawak dalam penyelidikan bahan mentah negeri ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan pembinaan sebuah kampus latihan Institut Kemajuan Desa (Infra) cawangan Sarawak yang dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan depan sebagai bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri membangunkan taman perindustrian tersebut.

“Saya telah bersetuju untuk membangunkan taman perindustrian bio di Kota Samarahan yang juga terletak berhampiran pusat pengumpulan pertanian. Kita akan tempatkan industri berteraskan semula jadi termasuk biodiversiti dan pertanian.

“Kampus Infra Sarawak yang dibina oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu misalnya sudah tentu membolehkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mendapat latihan dan seterusnya menjadi pusat latihan kepada usahawan berteraskan pertanian dan sumber biodiversiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran Infra Sarawak Kota Samarahan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Lingga.

Kampus Infra Sarawak bernilai RM55.6 juta itu merupakan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 dan dilengkapi kemudahan seperti kompleks pentadbiran, blok akademik untuk pembelajaran serta asrama. – BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun Opengsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd