• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Tinjau Pembinaan Hospital Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa untuk melihat lebih dekat perkembangan projek Hospital Kanak-Kanak PERMATA Universiti Kebangsaan Malaysia (HKKP UKM) di Cheras.

Rosmah yang merupakan penaung program PERMATA Negara (PERMATA) meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk meninjau dan mendengar taklimat mengenai perkembangan projek berkenaan yang dijangka beroperasi sepenuhnya Julai tahun depan.

Beliau yang juga penaung hospital berkenaan turut diberi penghormatan memilih reka bentuk luaran dan dalaman HKKP UKM berdasarkan warna dan reka bentuk yang digemari beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Projek HKKP UKM Datuk Dr A Rahman A Jamal, ketika ditemui pemberita berkata hospital itu kini hampir 70 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 2019.

“Hospital yang berkonsep mesra kanak-kanak dan pertama berpusatkan keluarga ini dijangka akan mengurangkan kesesakan di wad pediatrik hospital lain dan memberikan kemudahan pantas dan selesa kepada pesakit,” katanya selepas mengiringi Rosmah melawat tapak projek pembinaan hospital itu, di sini hari ini.

Dr A Rahman berkata berdasarkan rekod, kira-kira 20,000 kanak-kanak mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan 7,000 di wad di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Besar Kuala Lumpur setahun.

Katanya HKKP UKM yang akan mempunyai 250 katil akan mengaplikasikan konsep Hospital Pintar iaitu ‘hospital tanpa kertas’, kios pendaftaran kendiri dan pendaftaran melalui telefon pintar.

Hospital tersebut juga akan muncul sebagai hospital yang mempunyai pusat rujukan dan penyelidikan penyakit kanak-kanak.

Pembinaan hospital moden dan berteknologi tinggi bernilai RM606 juta itu telah diluluskan oleh Kabinet pada 2010 di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan majlis pecah tanah bagi pembinaan hospital berkenaan pada 2013. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah MansorPERMATA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd