• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosliza Gagal Perisytiharan Dirinya Beragama Buddha

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang wanita yang mendakwa dilahirkan sebagai anak tak sah taraf kepada bapa beragama Islam dan ibu beragama Buddha, kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengisytiharkan dirinya bukan beragama Islam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman menolak rayuan Rosliza Ibrahim.

Rosliza merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Jun 2017 yang menolak saman pemulanya untuk memohon perisytiharan bahawa dia beragama Buddha dan bukan beragama Islam.

Hakim Umi Kalthum yang mempengerusikan panel itu berkata tiada kekhilafan boleh dirayu dalam keputusan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi itu dan mahkamah rayuan mengesahkan keputusan itu.

Rosliza, 36, memfailkan saman pemula pada 2015 memohon perisytiharan bahawa dia seorang anak tak sah taraf yang dilahirkan ibu beragama Buddha, bahawa dia bukanlah beragama Islam dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa terhadapnya.

​​​​​​​Wanita itu mendakwa dia dibesarkan sebagai penganut Buddha oleh ibunya, dan dia terus menganut agama Buddha sehingga hari ini.

Rosliza menamakan Kerajaan Selangor sebagai responden dalam saman pemula itu dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dibenarkan sebagai pencelah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi menegaskan Rosliza dilahirkan sebagai seorang beragama Islam dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan terhadap permohonan bagi mengisytiharkan dia bukan lagi beragama Islam.

Dalam prosiding hari ini, peguam Aston Paiva yang mewakili Rosliza berhujah, anak guamnya dikatakan lahir sebagai seorang Islam berdasarkan andaian terdapat pernikahan yang sah antara ibu bapanya dan ibunya pula telah memeluk Islam, bagaimanapun tiada sebarang rekod berkaitan pernikahan mereka itu.

​​​​​​​Beliau berkata Mahkamah Syariah hanya boleh membuat perisytiharan apabila seseorang itu bukan lagi beragama Islam, tetapi mahkamah itu tidak boleh mengeluarkan perintah bahawa seseorang itu bukan beragama Islam.

​​​​​​​Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman pula berhujah Rosliza dianggap beragama Islam berdasarkan kad pengenalannya dan cara terbaik baginya untuk mengisytiharkan dirinya bukan lagi beragama Islam adalah melalui Mahkamah Syariah.

Sepasukan peguam yang diketuai Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili MAIS. – BERNAMA

Tags: Buddha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Muslim, Ibu Buddha, Wanita Diisytihar Bukan Muslim

05/02/2021
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang dilahirkan luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di...

Kasih Sayang Tidak Kenal Agama!

23/12/2019
0

MELAKA - “Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd