• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rody Kristal, Niena Azman Sah Bergelar Suami Isteri

oleh
29/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALUNG tahniah diucapkan buat gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody kerana telah selamat diijab kabul bersama pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.

Dua jiwa yang saling mencintai ini dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak dalam sebuah majlis secara sederhana yang berlangsung di Hotel Kulai, Johor.

Memetik laporan mStar Online, Nur Izwani atau lebih mesra dengan sapaan Deqno dikatakan telah menerima mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11 daripada suaminya.

Difahamkan juga, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Sementara itu, Rody menerusi entri terbaharu di Instagram memanjatkan rasa syukur selain menyifatkan perkahwinannya itu sebagai hari bersejarah buat dirinya.

“Alhamdulillah… Hari ini hari bersejarah buat hidupku. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi suami @niena_azmann. Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah I akan jaga dan bimbing sayang,” tulis Rody.

Alhamdulillah.. hari ini hari bersejarah buat hidupku.. dengan sekali lafaz,aku telah menjadi suami @niena_azmann .. buat isteri yg tercinta.. insyaallah i akan jaga dan bimbing syg.. ❤ … tunggu ade byk gambar lagi nak upload.. #nadiNR

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on Apr 27, 2018 at 10:12am PDT

Apa yang paling menarik perhatian mengenai pasangan ini adalah Rody melamar Niena menerusi laman sosial Instagram miliknya pada September dan memilih untuk bertunang pada 4 November tahun lalu.

Alhamdulillah, kami di Mynewshub mendoakan agar jodoh perkahwinan ini berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Niena AzmanRody Kristal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Penat Perah Idea, Kena Cetak Rompak… Macam Tu Pakai Barang Palsu”

03/08/2018
0

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody tidak menyokong penggunaan barang tiruan untuk tampil bergaya terutama bagi golongan selebriti yang mempunyai karya...

Tema Hitam-Gold, Niena Gementar Nak Naik Pelamin

20/04/2018
0

BAGAIKAN musim naik pelamin, seorang demi seorang selebriti tempatan telah ataupun bakal menamatkan zaman bujang mereka dan antaranya ialah pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd