• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut: 80 Rumah Di Bandar Baru Beris Jaya Terjejas

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Kira-kira 80 rumah membabitkan lebih kurang 300 isi rumah, terjejas akibat ribut yang melanda lima sektor di Bandar Baru Beris Jaya dekat sini, kira-kira 4.30 petang semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri yang juga Pengerusi Yayasan Jariah Malaysia (YJM), Mahadzir Abdul Hamid berkata, lima sektor terbabit ialah Sungai Batang, Kuala Sungai Batang, Batu Seketul, Ternas dan Charuk Tualang.

“Dalam kejadian ribut berserta hujan lebat itu, dianggarkan terdapat 80 buah rumah yang terjejas namun saya bersyukur kerana tiada penghuni rumah yang dilaporkan mengalami kecederaan.

“Pagi ini saya turun sendiri meninjau rumah yang terlibat, ada yang mengalami kerosakan teruk dan ada yang terjejas sedikit sahaja, namun maklumat terperinci sedang dikumpul sebelum bantuan sewajarnya dapat disalurkan bagi membantu mereka yang terlibat,” katanya kepada Bernama selepas membuat tinjauan bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Zakat daerah Sik di sini, hari ini.

Mahadzir yang juga Pengarah Briged Sukarelawan 1Malaysia (BS1M) berkata terdapat sebuah rumah di sektor Batu Seketul yang tidak dapat didiami oleh penghuninya akibat kerosakan teruk pada bumbung.

“Rumah terbabit dihuni enam sekeluarga dan demi keselamatan mereka, malam tadi sukarelawan kami telah membantu mendirikan khemah bersebelahan rumah terbabit, untuk didiami mereka buat sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, mangsa Mohd Husnizar Husain, 39, berkata dia menyewa rumah terbabit sejak dua tahun lepas dan sewaktu kejadian, dia berada di rumah bersama isteri, Zainab Hassan, 40, dan lima anak berusia lingkungan 19 hingga tiga tahun.

“Saya bekerja di kilang kuari batu manakala isteri suri rumah, sudah lebih dua tahun menyewa di sini, tapi tahun ini sudah dua kali dilanda ribut, kali pertama dulu bumbung juga rosak namun sudah dibaiki.

“Petang semalam paling teruk, lagi banyak bumbung yang rosak, air hujan bertakung di dalam rumah, malam tadi kami semua tidur di dalam khemah yang mereka dirikan di luar rumah…elektrik memang kami tak berani gunakan sebab bimbang berlaku litar pintas,” katanya.

Sementara itu, warga emas, Abu Hassan Wateh, 71, berkata dia sekeluarga berdepan detik cemas apabila terpaksa memindahkan isterinya yang sakit akibat kemalangan, ke tempat selamat selepas bumbung rumah mereka rosak diterbangkan ribut.

“Isteri saya, Jariah Ishak, 68, mengalami patah tulang rusuk akibat kemalangan jalan raya minggu lepas, dalam keadaan hujan lebat, basah kuyup, saya bersama anak lelaki berusia 25 tahun, terpaksa mengangkat dia dari ruang tamu ke dapur kerana di situ sahaja kawasan yang tidak dimasuki air hujan.

“Sejak kami tinggal di sini pada 2003, ini kali pertama rumah ini terjejas teruk akibat ribut,” katanya. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Persiap Pelajar Hadapi Revolusi Perindustrian 4.0

Next Post

Pengedar Bungkus Dadah Dalam Bilik Tidur Ditahan

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

Next Post

Pengedar Bungkus Dadah Dalam Bilik Tidur Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd