• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rejim Assad Tawan Semula Timur Ghouta

oleh Ahmad Albab
02/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOUMA – Rejim Syria, semalam semakin hampir menawan keseluruhan kubu kuat pembangkang di Timur Ghouta selepas perjanjian dicapai bagi penentang dan penduduk awam meninggalkan wilayah itu.

Perjanjian yang diatur oleh sekutu Syria itu, Russia, menyaksikan pergerakan Jaish al-Islam, meninggalkan bandar utama Timur Ghouta, Douma, untuk ke wilayah pembangkang di utara negara itu, lapor media dan kumpulan pemerhati.

Tiada pengesahan diterima daripada pembangkang, tetapi tentera Russia berkata ia sudah mencapai persetujuan awal pengunduran’ kumpulan berkenaan dari Timur Ghouta yang terletak berhampiran Damsyik.

Tiada tarikh diberikan untuk tujuan pengunduran dan Moscow berkata pemberontak dijangka membuang periuk api daripada bangunan dan membersihkan sekatan jalan raya sebelum meninggalkan wilayah berkenaan.

Kejayaan menawan semula Timur Ghouta menjadi kejayaan besar kepada usaha Presiden Bashar al-Assad mengambil alih wilayah yang dirampas pembangkang dalam perang saudara di negara itu yang sudah masuk tahun ketujuh.

Dengan sokongan Russia, tentera Assad mencapai banyak kejayaan menewaskan pembangkang sejak beberapa tahun ini, selalunya menerusi kempen kepungan, pengeboman udara dan serangan darat yang mencetuskan kritikan antarabangsa.

Agensi berita SANA melaporkan, Jaish al-Islam akan menuju ke Jarabulus di Aleppo manakala Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata mereka juga akan menuju ke Al-Bab, kedua-dua bandar yang dikuasai pemberontak pro-Turki.

Perjanjian itu menyaksikan polis tentera Russia memasuki Douma dan institusi kerajaan kembali ke bandar itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: Bashar AssadSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rampas RM40 Juta Hasil Jenayah Kongsi Gelap

Next Post

Kesatuan Sekerja Air France Umum Mogok Baharu

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

Kesatuan Sekerja Air France Umum Mogok Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd