• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampas RM40 Juta Hasil Jenayah Kongsi Gelap

oleh Ahmad Albab
02/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 360 Devan dan Geng 24 dianggap paling kaya dan berpengaruh berikutan mampu mengumpul kekayaan hingga jutaan ringgit hasil jenayah terancang yang dilakukan.

Kegiatan itu dibongkar apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merampas sekurang-kurangnya lebih RM40 juta wang tunai dan aset daripada keseluruhan tindakan terhadap kumpulan jenayah terancang itu sejak tahun 2016 hingga kini.

Kongsi Gelap

Berdasarkan rekod, rampasan paling tinggi dilakukan ke atas kumpulan Geng 360 Devan dari Selangor yang dikesan menjalankan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah bagi menjana pendapatan kumpulan terbabit.

Rampasan kedua pula dilakukan ke atas Geng 24 dari Pulau Pinang yang didapati terbabit dalam kegiatan bunuh, senjata api, penyeludupan dan pengedaran dadah, samun, pemerasan dan culik.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, setiap tindakan sita dan rampasan aset kumpulan berkenaan tertakluk bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Tindakan rampasan ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pencegahan ke atas kumpulan jenayah terancang untuk membiayai keganasan dan hasil daripada aktiviti haram mereka.

“Ini kerana apabila tiada aset atau harta mereka di sita, setiap pergerakan atau tindakan kumpulan itu pada masa akan datang lumpuh sepenuhnya,” katanya dalam satu temu bual khas bersama wartawan.

Huzir Mohamed berkata, kebanyakan perbalahan antara orang kanan dalam setiap kumpulan juga hingga berlaku pertumpahan darah disebabkan perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin.

“Tujuannya untuk memiliki sebahagian besar imbuhan lumayan dalam kumpulan terbabit yang kebanyakannya bergantung kepada jawatan atau mengikut susunan hieraki kumpulan.

“Paling tinggi jawatan dia dalam sesebuah kumpulan atau geng, individu berkenaan akan menerima imbuhan yang besar,” katanya.

Beliau percaya, apabila semua harta berkenaan dirampas, usaha merekrut ahli baru untuk menyertai sesebuah kumpulan jenayah terancang sukar berikutan ketiadaan aliran tunai.

Malah apabila semua pemimpin sudah diberkas maka aktiviti sesebuah kumpulan jenayah terancang terutama kongsi gelap berkubur begitu saja. – myMetro Online

Tags: Kongsi Gelappolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Komander Terbabit Kebakaran Lokap Ditahan

Next Post

Rejim Assad Tawan Semula Timur Ghouta

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Rejim Assad Tawan Semula Timur Ghouta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd