• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Jangan Terpengaruh Fitnah Pembangkang

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Rakyat di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu yang sengaja diada-adakan parti pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata ini kerana tindakan itu adalah taktik yang seringkali digunakan oleh pihak sama bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pada pilihan raya umum lepas, dakwaan kononnya BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh terbukti tidak benar kerana tidak ada satu pun laporan polis dibuat oleh pembangkang mengenai perkara itu.

“Saya berharap rakyat terutamanya pengundi tidak mudah percaya dengan taktik kotor sebegitu kerana jika mereka (pembangkang) benar-benar ikhlas membela dan memperjuangkan nasib rakyat, seharusnya tindakan memfitnah ini tidak berlaku,” katanya selepas merasmikan Projek Perintis Kenaf Untuk Rakyat (1KUR) di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN mengimport kira-kira 15 juta sarung jari plastik dari China untuk kegunaan pengundi pada PRU14 nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter beliau semalam turut menempelak pembangkang yang semakin agresif menabur fitnah lantas beliau sendiri mencipta hashtag #TsunamiPHitnah, sebagai merujuk kepada tindakan pembangkang itu.

Dalam pada itu, Mah yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU14 ini meminta pihak tertentu supaya tidak melakukan sebarang kekecohan dan kekacauan sempena perarakan sambutan Chitra Pournami di Teluk Intan pada Ahad ini.

“Saya telah berbincang dan meminta pihak berkuasa untuk mengawal keadaan kerana tidak pernah terjadi insiden tidak diingini di sini sepanjang sambutan itu diadakan pada setiap tahun,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 28 peserta perintis 1KUR Perdana akan dibekalkan dengan kemudahan pemprosesan kenaf secara bio melibatkan tangki, karung plastik rendaman dan bio enzim oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

16/09/2018
0

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd