• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: PRM Akan Bertanding 22 Kawasan Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan senarai calon bagi 18 daripada 22 kawasan pilihan raya yang bakal ditandingi parti itu di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presidennya, Ariffin Salimon berkata parti itu akan bertanding empat kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Menurutnya, antara mereka yang disenaraikan sebagai calon Parlimen ialah Azman Shah (Tasek Gelugor), Tan Lay Hock (Bagan), Pengerusi PRM Pulau Pinang Tang Hiang Lye (Batu Kawan) dan Samsuddin Yacob (Nibong Tebal).

“Bagi kerusi DUN pula, nama yang disenaraikan ialah Azman bagi Permatang Berangan, Lay Hock (Sungai Puyu), Hiang Lye (Bukit Tengah), Samsuddin (Sungai Acheh), Omar Mahmud (Penaga), Lee Thian Hong (Teluk Air Tawar), Teoh Chai Deng (Bagan Jermal) dan Teoh Huck Ping (Bagan Dalam).

“Turut disenaraikan Song Chee Meng (Berapit), Tang Ah Ba (Machang Bubuk), Lai Yean Nee (Padang Lalang), M.Samuganathan (Perai), Goh Bee Koon (Bukit Tambun), Tan Chew Suan (Jawi), Tan Chow Kang (Sungai Bakap), Chua Cheong Wee (Tanjong Bungah), Chew Seng Tung (Pengkalan Kota) dan Yeoh Cheng Huat (Bayan Lepas),” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon PRM Pulau Pinang di sini.

Ariffin berkata penyertaan PRM di Pulau Pinang kali ini merupakan penyertaan yang terbesar sejak tahun 1964.

Sementara itu, Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong berkata selain Pulau Pinang, PRM akan turut meletakkan calon di Kedah, Selangor dan Sabah.

Katanya, PRM akan bertanding hampir 100 kawasan iaitu 20 daripadanya adalah kerusi Parlimen dan selebihnya kerusi DUN di keempat-empat negeri itu.

Beliau berkata PRM mempunyai hampir 10,000 keanggotaan di seluruh negara namun berpendapat kemenangan dalam pilihan raya umum bukan ditentu oleh jumlah keanggotaan yang besar atau sebaliknya.

Swe Yong berkata manifesto PRM Pulau Pinang akan diumumkan dalam masa terdekat, antara lain menumpukan isu perumahan, banjir dan kos kehidupan rakyat.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei sebagai hari pengundian bagi PRU14 manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal 5 Mei. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd