• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: PPBM Perlis Umumkan Calon Hari Ini

oleh AK-47
16/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Perlis pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, mengumumkan calon-calonnya hari ini.

Pengerusi PPBM negeri yang juga ketua bahagian Arau merangkap pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Ameir Hassan, 68, berkata beliau dicalonkan bertanding di DUN Pauh yang disandang Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Timbalan ketua bahagian Arau, Maton Din, 58, pula bertanding di DUN Tambun Tulang manakala ketua Wanita PPBM Perlis, Baridah Che Nayan, 50, di DUN Guar Sanji, katanya pada sidang media di sini.

Bekas profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Datuk Dr Abdul Rahman Daud, 67, akan bertanding kerusi Parlimen Arau yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Ketua PPBM bahagian Padang Besar, Izizam Ibrahim, 40, pula bertanding kerusi Parlimen bahagian itu dan satu lagi kerusi Parlimen Kangar diperuntukkan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Ameir lagi, ketua Penerangan PPBM bahagian Padang Besar, Lt. Kol (B) Azhar Omar, 55, bertanding DUN Mata Ayer manakala anggota Exco Pemuda bahagian Kangar, Abdul Hannaan Khairy, 25, di DUN Kayang.

Katanya parti-parti gabungan PH telah mencapai kata sepakat mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi.

PKR akan bertanding di lima kerusi DUN manakala Parti Amanah negara (PAN) empat kerusi DUN dan DAP satu kerusi DUN.

“Kami juga patuh kepada pucuk pimpinan parti untuk menggunakan lambang PKR sahaja pada kertas pencalonan kelak,” kata Ameir yang melahirkan keyakinannya bahawa beberapa keputusan mengejut dijangka berlaku pada PRU kali ini.

Beliau berkata semua calon PH akan diperkenalkan dalam satu majlis di pejabat PKR Perlis di Taman Sena di Kangar pada 24 April ini. – BERNAMA

Tags: PPBMPRU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun M Cabar Anwar Buat PRU Buktikan Ada Sokongan Rakyat

Tun M Cabar Anwar Buat PRU Buktikan Ada Sokongan Rakyat

22/01/2024
0

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengadakan Pilihan Raya...

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd