• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU: PAN Bertanding 4 Parlimen, 12 Dun Perak

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak bakal bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi pada majlis sidang media mengumumkan calon AMANAH hari ini memaklumkan beliau akan bertanding di DUN Manjoi sebagai calon Pakatan Harapan.

Beliau mengumumkan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga penyandang Parlimen Parit Buntar bakal bertanding di parlimen itu dan calon bagi Parlimen Kuala Kangsar ialah Dr Ahmad Termizi Ramli yang pernah menjadi calon Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar 2016.

Selain itu, Timbalan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Tarmizi Mohd Jam adalah calon Parlimen Parit dan Parlimen Lumut pula calonnya ialah Dr Mohd Hatta Md Ramli yang juga penyandang Parlimen Kuala Krai, Kelantan.

DUN Selama bakal ditandingi Razali Ismail seorang anggota jawatankuasa biro pilihan raya Amanah Nasional, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim pula adalah calon DUN Titi Serong manakala DUN Selinsing mempertaruhkan calon paling muda iaitu Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis yang juga seorang guru.

Bagi kerusi DUN Changkat Jering akan ditandingi pemangku Timbalan Ketua Amanah Bukit Gantang Ir Megat Shariffudin Ibrahim, Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin yang pernah menjadi pensyarah calon DUN Kamunting dan DUN Sungai Rapat ditandingi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

DUN Ayer Kuning pula akan ditandingi Naib Pengerusi Amanah Perak Tan Seng Toh, DUN Kampung Gajah Speaker Angkatan Wanita Amanah Nasional Zaiton Latiff, DUN Pasir Panjang calonnya Yahaya Mat Nor iaitu seorang guru, calon DUN Rungkup ialah Hatim Musa dan jawatankuasa pimpinan Amanah Perak Aminuddin Zulkipli adalah calon DUN Behrang.

Pada Jumaat lalu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Dr Muhammad Nur Manuty mengumumkan parti itu akan bertanding bagi lima kerusi Parlimen dan 14 DUN pada PRU14.

Kesemua calon Parlimen dan DUN Amanah bakal menggunakan logo dan simbol PKR pada PRU14 ini selaras dengan pengumuman Pakatan Harapan pada 6 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei adalah tarikh pengundian awal.

Pada PRU13, Barisan Nasional menang 31 daripada 59 kerusi DUN Perak, DAP 18 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing lima kerusi. – BERNAMA

Tags: PANPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd