• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-14: DUN Pahang Dibubarkan Hari Ini – MB

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 berkuat kuasa hari ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Adnan berkata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memberi perkenan untuk membubarkan DUN Pahang.

“Saya telah menghadap Pemangku Raja Pahang pada pukul 12.30 tengahari tadi dan baginda telah berkenan untuk menurunkan tandatangan memperkenankan… barisan pentadbiran negeri menjunjung kasih kepada tuanku.

“Dokumen akan diserahkan kepada Yang Dipertua DUN Pahang (Datuk Seri Ishak Muhammad) yang akan menyerahkannya ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Adnan berkata turut menghadap Tengku Abdullah ialah Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan semua barisan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Beliau juga memberitahu Barisan Nasional (BN) Pahang akan mengumumkan manifestonya pada Rabu depan di Kompleks Yayasan Pahang di Kuantan.

“Manifesto BN Pahang sudah dihantar ke Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Kita akan membuat pindaan kepada manifesto yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat mengikut kemampuan kerajaan negeri,” katanya.

Semalam Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU-14 diadakan pada tarikh yang akan ditentukan SPR.

DUN Pahang akan terbubar secara automatik pada 8 April ini jika tidak dibubarkan lebih awal daripada tarikh berkenaan.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN. Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi 30 kerusi, DAP (tujuh) dan PAS (tiga), PKR (dua).

Bagaimanapun, PAS kehilangan satu kerusi apabila apabila wakil rakyat Kuala Semantan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang mengumumkan keluar dari parti itu untuk menyertai Amanah pada 9 Sept 2015, membolehkan parti itu kini memegang satu kerusi DUN.

Bagi kerusi Parlimen pula, terdapat 14 kawasan Parlimen di Pahang di mana pada PRU-13, BN menguasai 10 kerusi, PKR (dua) selain DAP dan PAS masing-masing satu kawasan.

BN mengekalkan status quo komposisi kerusi Parlimen apabila Datuk Hasan Arifin berjaya menewaskan calon PAS Nazri Ahmad pada pilihan raya kecil Rompin pada 5 Mei 2015 dengan majoritI undi 8,895.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam kemalangan helikopter di Semenyih pada 4 April 2015. – BERNAMA

Tags: Bubar Dun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Najib, Politik Dan Angka Tuah 11

Next Post

Siti Nordiana Tidak Kisah Bertemu Jodoh ‘Pucuk Muda’

Related Posts

Pulau Pinang, 5 Negeri Sepakat Bubar DUN Jun, Ini Reaksi Setiausaha Agung DAP

Pulau Pinang, 5 Negeri Sepakat Bubar DUN Jun, Ini Reaksi Setiausaha Agung DAP

23/02/2023
0

PELABUHAN KLANG : Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam mengumumkan Selangor bersama lima negeri lain, termasuk tiga di bawah...

Enam Negeri Sepakat Bubar DUN Jun Ini

Enam Negeri Sepakat Bubar DUN Jun Ini

22/02/2023
0

SHAH ALAM: Enam negeri, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu sepakat bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing...

Next Post

Siti Nordiana Tidak Kisah Bertemu Jodoh 'Pucuk Muda'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd