• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Amal MAB Menggunakan Dana Dalaman

oleh AK-47
10/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan syarikat Projek Amal Malaysia Airlines Bhd (MAB), perkhidmatan sewa khas jemaah haji dan umrah, akan menggunakan dana dalaman daripada Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) untuk membiayai operasinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Izham Ismail.

Beliau berkata operasi itu akan dibiayai sepenuhnya oleh MAG, syarikat induk MAB.

“Maklumat lanjut mengenai nama syarikat, logo dan pengurusan Projek Amal akan diumumkan pada suku keempat tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2019,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara MAB dan Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd bagi penerbangan sewa khas untuk jemaah haji dan umrah, di sini hari ini.

MAB berkata terdapat minat daripada pelabur baharu yang ingin melabur dalam Projek Amal yang dijenamakan semula dan sebelum ini dikenali sebagai Project Hope di bawah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Peter Bellew.

MAB dan Andalusia hari ini menandatangani perjanjian untuk tempoh tiga tahun, yang akan menyaksikan Malaysia Airlines menyediakan sehingga 200 penerbangan sewa khas untuk jemaah haji dan umrah yang berdaftar dengan Andalusia ke Madinah dan Jeddah bermula tahun ini.

Dilaporkan sebelum ini syarikat penerbangan nasional itu menyasarkan 10 peratus bahagian pasaran membawa jemaah dengan penerbangan sewa khas ke Arab Saudi berbanding tujuh peratus pada masa ini.

Izham berkata dengan penubuhan Projek Amal, syarikat penerbangan baharu dijangka meninjau lebih banyak peluang bagi komuniti Islam dari Indonesia, selain China.

“Pemeteraian itu antara MAB dan Andalusia. Bagaimanapun, sebaik penubuhan Projek Amal itu selesai, perjanjian tersebut akan diserahkan haknya daripada Malaysia Airlines kepada Projek Amal.

“Bagaimanapun, saya ingin menjelaskan Projek Amal akan dianggap sebagai anak syarikat MAB, sama seperti yang lain di bawah syarikat kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Andalusia Ida Riswana Idris berkata perjanjian untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan 237 penerbangan bernilai RM315 juta.

“Perjanjian itu dijangka membolehkan 114,000 penumpang ke Madinah atau Jeddah bermula tahun ini hingga 2021. Setakat ini, seramai 29,000 daripada 62,000 jemaah kami telah menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines.

“Tahun lepas, sebanyak 1.74 juta jemaah asing tiba di lapangan terbang Jeddah dan Madinah. Daripada jumlah itu, lebih 570,000 dari Indonesia, Pakistan dan India,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kumpulan Izham Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd